.
Undian cara ini digunakan untuk menentukan:
a. Pemain.
b. Pasukan untuk memulakan permainan.
Bahan yang boleh digunakan:
i.     Batu kecil.
ii.     Lain-lain benda yang dipersetujui kumpulan permainan.
Cara undian
a. Benda yang digunakan dalam undian dipersetujui oleh kedua-dua kumpulan
    terdahulu.
b. Biasanya benda yang kecil digunakan; sebagai contoh, batu kecil.
c. Seseorang yang berkecuali atau tidak bermain akan bertanggungjawab
    mengenggam "benda" di tangan kiri atau kanannya.
d. Kedua-dua kumpulan akan meneka di tangan manakah "benda"  itu
    digenggam. Mereka perlu memilih sama ada tangan kiri atau kanan.
e. Kumpulan yang berjaya memilih tangan yang mengenggam benda akan
    memulakan permainan.


.
Oru kuruvi oru nal paranthu kondu iruntathu. Antha neram oru erambu tanniril tattalitthu kondu iruntathu. Athai partha antha kuruvi tanniril oru ilaiyai pichi erinthathu.Antha erambu ilaiyin mithu yeri kondu uyir tappiyathu. Siru naatkal piragu, oru vettaikaran antha kuruviyai suda irukiran. Athai partha antha erambu vettaikaran kaalai kadithathu. Antha vettaikaran valiyil tudithu antha kuruviyai suda mudiyamal ponathu. Kuruviyo antha idatthai vittu paranthu sendrathu.

Maksud cerita:
Seekor burung yang sedang terbang di hutan tiba-tiba terlihat seekor semut hampir tenggelam di dalam air. Burung itu pun menjatuhkan sehelai daun. Semut itu menyelamatkan dirinya dengan memanjat ke atas daun tersebut. Berberapa hari kemudian, seorang pemburu sedang cuba menembak burung tersebut. Semut yang terlihat kejadian itu pun menggigit kaki pemburu itu. Oleh sebab kesakitan, pemburu itu tersasar tembakannya dan burung itu pun terselamat dan terbang dari tempat itu.

Penyumbang: Balan Murugan a/l Kesavan (25)
Masyarakat : India
Pengumpul: USM


.
Gedembai


Penerangan cerita:
Cerita ini dihubungkaitkan dengan kemunculan satu makhluk bersaiz raksaksa di Pulau Pinang. Hal ini berdasarkan kepada satu tinggalan tapak kaki makhluk tersebut yang dapat dilihat di Batu Maung dan Pulau Jerejak. Sebagai buktinya, dikatakan bahawa kesan tinggalan yang menyerupai bentuk tapak kaki di atas hamparan batu berlopak bersaiz raksaksa masih dapat dilihat sehingga ke hari ini. Adalah dipercayai bahawa satu langkah Gedembai dipercayai berukuran bersamaan dengan jarak dari Batu Maung ke Pulau Jerejak berdasarkan penemuan tersebut. Cerita ini diceritakan dari mulut ke mulut, generasi ke generasi tanpa satu dokumentasi dan kajian yang khusus dilakukan. Kebiasaannya, cerita ini disampaikan oleh orang-orang tua untuk menakutkan kanak-kanak yang engkar arahan. Abdullah Darus juga berpendapat ada kemungkinan cerita ini mungkin diada-adakan oleh pihak British pada masa penjajahan untuk menakut-nakutkan orang Melayu Pulau Pinang khususnya penduduk sekitar Batu Maung.

Penyumbang: Hj. Abdullah Darus, Kampung Baru Ayer Itam, Pulau Pinang (81). Tokoh Budaya Pulau Pinang 2009.
Masyarakat: Melayu
Pengumpul: Kumpulan Ahli Projek UiTM

.
Permainan ini merupakan permainan popular dalam kalangan kaum Cina di Pulau Pinang. Si Sik Pai (empat kad warna) yang juga dikenali sebagai Kui Pao. Namun, di dalam bahasa Cina mereka memanggilnya Si Se Pai yang bermaksud kad pelbagai warna. Ia digunakan oleh penduduk kelas bawahan sebagai satu permainan, kerana  ia mudah dan murah untuk dibuat. Permainan ini mendapat tempat terutamanya sejak aktiviti perjudian tidak sah dijalankan, dan terdapatnya permintaan untuk kad yang sangat mudah didapati. Bahan untuk permainan tersebut adalah sama dengan gin. Caranya adalah dengan ciptakan tangan pemenang (winning hand) yakni setiap kad ialah milik setiap kumpulan.

Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

.
Rakaman ini mengisahkan permainan yang sangat digemari pada zaman dahulu di Pulau Pinang. Salah satu daripada permainan tersebut ialah Batu Sembilan. Beberapa batu kecil dimain dengan jarak masa tertentu iaitu menangkap satu, dua ataupun beberapa batu sekali. Batu tersebut dibaling ke atas dan ditangkap menggunakan sebelah tangan sahaja.

Satu lagi permainan ialah papan gelongsor dan buaian. Kanak-kanak akan mengunjungi taman permainan untuk bermain permainan ini. Selain itu,  mereka juga berseronok dengan berbasikal. Permainan kan-lok, ji tan hua, dan xiang shi dou pula merupakan permainan yang digemari oleh golongan lelaki. Permainan ji tan hua ialah permainan kecil yang dimainkan dengan cara tendang-menendang dengan menggunakan siku, lutut dan tapak kaki. Kanak-kanak pula terpukau untuk bermain permainan xiang shi dou yang terdiri daripada kacang merah berbentuk hati kecil.

Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

.
Rakaman ini menceritakan tentang keunikan kehidupan rakyat cina yang menetap di Pulau Pinang. Panggung wayang pada masa lalu. Ia ialah panggung wayang terbuka dan di sana terdapat kerusi ¨C iaitu kerusi yang disediakan untuk penonton duduk dan menonton. Apabila ia hujan, bengku tersebut akan basah dan pengunjung terpaksa berdiri dalam keadaan basah dilimpahi hujan.

Untuk pergi ke panggung wayang tersebut seseorang terpaksa melalui tapak hiburan iaitu sebuah taman yang mempunyai permainan loy-loy. Disebabkan harganya, bukan semua kanak-kanak mampu memainnya.

Terdapat segenlintir warga yang india datang ke Pulau Pinang untuk menjual barang-barang dan bertujuan untuk mengirim duit hasil keuntungan ke india. Pengunting rambut berbangsa india, kebanyakannya tidak memiliki premis gunting rambut mereka cenderung berbasikal dan berulang alik dalam sesuatu kawasan untuk mendapatkan pelanggan. Manakal harga yang ditawarkan juga amat murah. Sesuatu

senario yang menjadi lumrah dalam komuniti cinu iaitu tan tong tong,belaiu merupakan seseorang seniman yang mendukung alat muzik intruman cina. Beliau akan berhenti dan kemudian mendendangkan lagu nostalgia yang digemari pengunjung pada tempat tersebut. Pengunjung perlu memberi sedikit wang sebagai balasan.

Terdapat makanan ringan traditional yang dinamakan sheng yuan iaitu bebola ais. Air sirap yang manis akan dituang di bahagian atas ais tersebut. Gula batu juga merupakan makanan yang digemari pada era tersebut. Ianya sangat murah dan enak.


Masyarakat:Hokkien
Pengumpul: USM
.
Wanita ini menceritakan kehidupan masa silamnya sebagai anak jati Pulau Pinang. semasa beliau muda, keluarganya menetap di sebuah rumah panjang dan di situ terdapat ramai keluarga tinggal dan menyewa bersama di rumah tersebut.

Terdapat pelbagai kisah pada waktu tersebut. Di rumah tersebut seandainya tidak puas hati antara satu sama lain mereka akan saling membaling barang. Di rumah panjang tersebut dua buah rumah sewa hanya dipisahkan oleh dinding dari papan nipis dan mereka dapat mendegar perbualan jiran sebelah.

Di rumah panjang tersebut dianggarkan sehingga 7 keluarga berkongsi satu tandas dan bilik air. Ekoran dari itu, kanak-kanak dan orang dewasa telah terlatih supaya tidak mengambil masa terlalu lama dalam tandas dan bilik air. Beliau juga menceritakan keadaan tandas tersebut yang sangat kotor dan tiada sebarang lampu elektrik.

Terdapat pelbagai senario di rumah panjang tersebut. Sebagai contohnya, kutuk-mengutuk dan mengumpat. Di samping itu, bagi kanak-kanak yang dari latar belakang orang berkemampuan mereka pergi ke sekolah menaiki kereta,sebaliknya bagi yang miskin terpaksa menaiki beca dan berjalan kaki.

Terdapat sebuah sekolah berdekatan komtar dan ia merupakan sekolah bagi kanak-kanak yang kurang berkemampuan. Berdekatan komtar pada masa dahulu terdapat sebuah sungai. Sungai itu sudah tiada lantaran terbinanya jalan raya. Kawasan tersebut penuh dengan gerai-gerai makan. Tempat tersebut dinamakan Tua Se Kai. Panggung wayang juga didirikan di situ, harga tiket pada era itu sangat murah. Kanak-kanak datang untuk menonton secara percuma. Pada era tersebut, gerai-gerai di sana juga menjual Mee Tok-tok yang sangat murah harganya.


Masyarakat:Hokkien
Pengumpul: USM
.
Wanita ini menceritakan tentang Kehidupan masyarakat Penang zaman lampau. Beliau menceritakan cerita zaman kanank-kanaknya. Beliau juga menjelaskan tentang Mee Sua yang dihidangkan pada Tahun Baru China khasnya pada hari pertama Tahun Baru Cina. Ini merupakan kepercayaan mereka,bahawa seseorang akan dipanjangkan umur dan rezekinya sekiranya memakan mee sua tersebut.

Selain itu, pada hari pertama Tahun Baru Cina seseorang perlu mengelakkan daripada menyikat rambutnya, menyapu lantai dan membuang sampah lantaran hari tersebut ialah hari tuah, seandainya melanggar pantang larang tersebut tuah seseorang itu akan hilang.

Pada malam ke 30, malam sebelum Tahun Baru Cina, Pemastautin Pulau Pinang yang berbangsa Hokkian akan menyamu selera dengan makanan seperti Mengkuang goring, Kari ayam, Itak bergaram,Kuih Bakul. Kuih Bakul dipercayai lebih afdal kerana ia akan disembahkan kepada dewa yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesejahteraan dapur. Dengan menyembah kuih bakul kepadanya ia boleh mengelakkannya membuat laporan buruk tentang seseorang (kuih bakul yang liat tersebut mampu menyebabkan mulutnya terlekat).



Masyarakat:Hokkien
Pengumpul: USM
.
Rakaman ini mengisahkan tentang kehidupan Puan Woon Ten Choo yang merupakan penduduk asli Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan di sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang. Beliau tinggal di kawasan luar bandar. Beliau dan adik-beradiknya perlu membantu ibu bapa mereka bekerja di ladang setelah pulang dari sekolah. Beliau berkata bahawa ayahnya ada bermain suatu permainan yang menggunakkan satu kaki dan permainan lain dengan adik-beradiknya.

Beliau juga bercerita tentang bapanya yang membawa beliau ke sekolah dengan meletakkan beliau ke dalam satu bakul di atas sebuah basikal. Selepas beberapa tahun, beliau mula menunggang basikal ke sekolah. Ibu bapanya juga akan membawa mereka untuk menonton wayang atau menaiki bas ke bandar untuk melihat perayaan umum.

Beliau turut berkata bahawa ahli keluargnya perlu menyediakan makanan yang banyak untuk keluargannya dan pekerja-pekerja ladang. Mereka juga perlu membasuh pakaian pekerja tersebut kerana mereka sibuk membuat kerja di ladang mereka. Beliau dan adik-beradiknya jarang dibenarkan keluar dari rumah dengan alasan mereka merupakan wanita. Ibu bapa mereka masih mempunyai fikiran yang kolot.

Keluarga mereka akan berdoa kepada nenek moyang setiap kali perayaan atau hari yang penting. Beliau juga menceritakan tentang masakan ibunya. Ibunya akan memasak makanan Hakka untuk seluruh keluarganya. Kebanyakkan orang Hakka tinggal di kawasan Balik Pulau. Mereka akan menggunakan lembu untuk mengangkut sayur-sayuran yang merupakan makanan babi. Semasa kanak-kanak, rumah mereka masih belum mempunyai bekalan elektrik.



Penyumbang : Woon Ten Choo
Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM
.
Rakaman ini adalah tentang kehidupan masa lalu Encik Lim sebagai penduduk tetap Pulau Pinang. Encik Lim perlu pergi ke sekolah tadikanya dengan menaiki beca, dan beliau terus menaiki beca sehingga berada di sekolah rendahnya. Ketika di sekolah menengah pula pada awalnya, beliau menaiki bas dan kemudian beliau mulai menaiki basikal ke sekolah kerana sebahagian besar rakan sekolahnya juga menunggang basikal. Setelah itu, beliau membeli sebuah motorsikal setelah menamatkan pengajiannya.


Ada ketikanya Beliau akan pergi ke panggung wayang bersama ibunya. Panggung wayang itu dikenali sebagai Rex, yang terletak di Jalan Kinta. Mereka akan berjalan kaki atau menaiki beca ke sana. Mereka akan pergi ke Georgetown atau Jalan Penang untuk membeli-belah kerana tempat itu merupakan satu-satunya tempat membeli-belah yang ada dan ia selalu dikunjungi oleh penduduk tempatan. Bapanya pernah membawa dia menunggang bas 'double-decker' ke Bukit Bendera, perjalanan bas tersebut itu bermula dari jalan Pulau Pinang ke Bukit Bendera.

Pasar raya terawal pada masa itu ialah Pasaraya Oriental yang terletak di sebelah pawagam Capitol. Oriental merupakan pasaraya yang pertama dan terawal di Pulau Pinang. Beliau juga pernah pergi ke panggung wayang yang terletak di Federal kerana panggung wayang tersebut hanya memainkan filem-filem aksi Cina yang terkenal. Pada zaman kanak-kanak, beliau pernah bermain pelbagai jenis permainan dengan kanak-kanak Melayu yang lain di dalam kampungnya seperti permainan bola-bola marmar dan laying-layang.Beliau juga pernah melawat rumah mak cik P.Ramlee yang juga terletak di dalam kampung itu.Selain itu beliau menangkap ikan-ikan berjangkit, udang dan ketam-ketam,serta melalukan banyak lagi aktivi lain.

Teredapat juga orang-orang India di kampung tersebut yang menyediakan perkhidmatan gunting rambut untuk orang ramai. Mereka akan menunggang sebuah basikal dari rumah ke rumah untuk menawarkan perkhidmatan tersebut. Selain itu, terdapat juga orang India yang berjalan dari rumah ke rumah dengan membawa dua bakul-bakul besar di belakang mereka untuk menjual makanan, gula-gula dan ais krim.Selain itu mereka juga membeli botol-botol terbuang. Motosikal pertama yang dipasarkan di Pulau Pinang dijual oleh Honda Motor.

Pada masa itu, orang Pulau Pinang dikatakan sangat gemar menonton wayang di panggung wayang. Ibu bapa Encik Lim juga pernah membawa beliau ke Esplanade dengan kereta mereka dan bersiar-siar menaiki feri semasa masa lapang.

Beliau juga menceritakan tentang Rumah Penang Suffolk di mana budak-budak lelaki MBS pernah makan di sana dan guru-guru juga akan berehat di sana. Rumah Suffolk merupakan rumah Francis Light pada masa dahulu. Pelajar-pelajar pada masa itu kerap dirotan oleh guru-guru mereka. Guru-guru pada masa itu adalah sangat tegas dan garang kerana mereka mahu para pelajar menjadi seorang yang baik.

Semua bank atau syarikat perdagangan terletak di Beach Street. Kawasan ini sentiasa sibuk dengan orang-orang tempatan yang datang berurusan.

Beliau pernah berpantun dan menari tarian melayu ketika muda, dan Kebanyakan orang tempatan pada waktu itu juga selalu berbantun dan menari beramai-ramai. Terdapat juga tempat berhibur iaitu Western Nigthclub yang terletak di Tanjung Bungah.

Orang ramai pada masa itu sentiasa berkunjung ke kedai kopi Keat Seng yang terletak di Jalan Penang.Pelbagai jenis makanan yang dijual antaranya adalah ais Kacang, Laksa, bola-bola ais, loh bak dan sebagainya. Pada ketika itu harga semangkuk mi adalah sangat murah iaitu hanya RM0.15.

Pada masa itu, 'New World Park' merupakan satu tempat yang amat menarik di mana orang ramai boleh bermain di sebuah karnival dan menonton wayang di sana. Funfair Australia turut menubuhkan karnival mereka di Esplanade, berdekatan dengan Dewan Sri Pinang untuk suatu tempoh kerana tentera Australia menjalankan latihan tentera mereka di sana.

Pada masa itu, orang ramai mula menggunakan kipas elektrik dan radio elektrik. Beliau juga bercerita tentang 'Eastern Smelting' yang dikenali sebagai Penang Times Square pada hari ini. Persekitaran Smelting Timur pernah menjadi tempat yang mengeluarkan timah atau sternum.

Beliau juga menceritakan bahawa pegawai polis pada masa itu hanya memakai seluar pendek dan membawa sebatang kayu bukannya sepucuk pistol. Ketika kanak-kanaknya, dia pernah minum air bikarbonat F&N seperti sarsi, soda aiskrim dan jus oren semasa Tahun Baru Cina, minuman tersebut sangat sukar ditemui pada masa kini. Minuman tersebut sangat sedap kerana dibuat menggunakan bahan yang cukup dan asli.

Pada masa dahulu, orang ramai akan memakai selipar Jepun yang dibuat dari getah. Kaum lelaki selalunya bekerja di pejabat atau melakukan kerja berat sementara wanita biasanya menjadi jururawat atau guru.

Penerbit akhbar yang pertama di Pulau Pinang ialah News Eco yang kemudian menjadi News Strait Times. Beliau turut menceritakan tentang rancangan televisyen hitam putih yang belau gemari seperti 'Disney', 'Astroboy', 'I Love Lucy', dan lain-lain.

Beliau juga memaklumkan bahawa beliau opernah berkunjung ke majlis perkahwinan kaum melayu. Selain itu beliau mejelaskan tentang penyanyi yang popular pada ketika itu, menceritakan tentang seragam dan kelengkapan sekolahnya. Beliau juga pernah mencari kerang di Gurney Drive dan dibawa pulang untuk dimakan. Pada ketika itu beliau menggunakan jam yang tidak menggunakan bateridan payung hanya diperbuat dari surat khabar, lilin dan bambu.




Penyumbang : Encik Lim
Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM
.
Rakaman ini adalah tentang sejarah Penang pada masa dahulu, diceritakan oleh Cik Lim Chieng. Beliau menceritakan tentang Sate dan Kuih Ban Cheng yang merupakan salah satu makanan yang terkenal di Pulau Pinang. Selain itu beliau juga menceritakan tentang Tok Tok Wan Tan Mee atau Mee.

Antara lainya, beliau juga menerangkan kisah dua singa di Guan Yin Temple yang terletak di Georgetown atau Jalan Masjid Kapitan. Beliau juga menyumbangkan cerita Khoo Kongsi atau Persatuan Khoo yang diasaskan oleh orang Hokkien.



Penyumbang : Cik Lim Cheng
Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM
.
Rujukan: Shamsul Anuar H.N. & Ahmad Shahar H.N (2005). Siri Panduanan Permainan Tradisional Kanak Kanak. DBP: Kuala Lumpur

Pengenalan
CARA MENENTUKAN KEMENANGAN
Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang daripada mereka berjaya melepasi kesemua garisan serta berjaya balik ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan yang berjaya melakukan tugas di atas. Pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi dikira pemenang keseluruhan. Ia adalah sejenis permainan keluarga
Dinyanyikan bersama 2 buah lagu
Tom Tom bak
Ram Ram Pisang
Ia bertujuan untuk menguji siapa (pemain) yang boleh mendiamkan diri dalam masa yang lama.Ia dapat mewujudkan suasana meriah dalam keluarga untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.
Tempat Permainan
Ia boleh dimainkan di dalam rumah atau boleh juga dimainkan di tempat-tempat terbuka yang bersesuaian.
Peralatan
Tiada peralatan digunakan. Pemain-pemain hanya perlu menggunakan tangan masing-masing sahaja
Pemain
Dimainkan oleh 2 hingga 6 orang dan biasanya dimainkan bersama-sama ahli keluarga
Langkah-langkah Permainan
Pemain-pemain dikehendaki duduk dalam satu bulatan kecil
Semua pemain akan mengepal kedua-dua tangan dan disusun berselang-seli secara menegak. (Kedua-dua tangan pemain yang sama tidak boleh bertemu.)
Kemudian semua pemain bersama-sama menyanyikan lagu Tom Tom bak berulang kali.
Setiap kali lagu habis dinyanyikan, tangan yang di bawah sekali hendaklah dibuka kepalannya secara telungkup. Lagu dinyanyikan hingga semua pemain membuka kepalan tangan masing-masing.
5. Seterusnya, para pemain akan mengayakkan tangan mereka sambil menyanyikan lagu Ram Ram Pisang.
6. Bila lagu habis dinyanyikan, semua pemain mengangkat tangan dan berdiam diri. Semua pemain ditegah bersuara kerana pemain yang bersuara akan dicubit.
7. Untuk menjadikan suasana lebih meriah, para pemain akan mengacah sesama sendiri supaya ada yang tertawa atau bercakap. Jika ada pemain yang bersuara, semua pemain akan mencubit atau menggeletek pemain tersebut.
8. Permainan boleh diulang semula atau ditamatkan sekiranya mendapat persetujuan daripada semua pemain.

Peraturan Permainan
Semua pemain mesti bersama-sama menyanyikan lagu yang telah ditentukan. Semua pemain mestilah mematuhi peraturan permainan. Para pemain tidak dibenarkan mencubit kawan mereka dengan kuat sehingga menyakitkan.
Perbandingan Lagu Tom Tom Bak
VERSI DBP
Tom Tom bak,
Makyung dedek,
Pecah sebiji,
Tinggal sangkak.
VERSI EN ABDULLAH DARUS
Tom Tom bak makyung dedek,
Pecah sebijj tinggal serangkap,
Nenek oh nenek,
Rumah nenek nak reban,
Rek Rek Rum.
Lagu Ram Ram Pisang
Ram Ram Pisang,
Pisang masak layu,
Jatuh dalam lubang,
Disambar bapak yu,
Umbut-umbut nyiur,
Belalang kodek-kodek,
Siapa mulut dulu,
Dia kena cubit.
.
Rujukan: Shamsul Anuar H.N. & Ahmad Shahar H.N (2005). Siri Panduanan Permainan Tradisional Kanak Kanak. DBP: Kuala Lumpur

PENGENALAN
Di Pulau Pinang, permainan ini juga dinamakan Galah Pendek dan juga Toi. Permainan ini memerlukan pemain tersebut untuk mengatur strategi dengan bijak dan bergerak dengan pantas. Permainan ini juga selalu dipertunjukkan di pesta pesta kebudayaan.
TEMPAT
Ia selalunya dimainkan di luar rumah, kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan. Anggaran antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.
PEMAIN
Dua kumpulan pemain perlu dibentuk , minimum 5 orang pemain setiap kumpulan dan salah seorang adalah ketua dan yang lain adalah awak-awak. Pemain terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa tidak kira golongan wanita mahupun lelaki.
LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN
Perlawanan bermula sejurus ketua pasukan penyerang menepuk tangan pasukan bertahan di petak kepala gelangan . sejurus perlawanan bermula, awak-awak boleh mula menyerang tidak kira secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain yang menyerang haruslah melepasi semua garisan sehingga ke garisan belakang. Pemain yang bertahan haruslah menyentuh pihak lawan bagi menghalang dari sampai ke garisan belakang. Sekiranya salah seorang pihak penyerang disentuh maka kumpulan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan sekiranya kumpulan penyerang dikira mati.
PERATURAN PERMAINAN
Pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang daripada mereka disentuh pasukan bertahan. Pertukaran kedudukan akan dilakukan jika salah seorang dari pasukan penyerang berundur dari garisan permainan yang telah dilepasi. Pasukan penyerang akan dikira kalah jika salah seorang daripada meraka terkeluar dari garisan permainan.
CARA MENENTUKAN KEMENANGAN
Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang daripada mereka berjaya melepasi kesemua garisan serta berjaya balik ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan yang berjaya melakukan tugas di atas. Pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi dikira pemenang keseluruhan.
.


















.

Onna eruka kantukanam
Unmai sonna ottukanum
Kaka kudatai prunga
Attuku solli kudutatu arunga

Penerangan lagu:
Lagu ini dinyanyikan kepada semua peringkat umur. Lagu ini juga dinyanyikan semasa upacara keagamaan atau kurang formal kerana ianya penuh dengan nasihat. Senikata lagu ini menceritakan kepentingan menyatukan kekuatan kita. Penyatuan kekuatan ini ditunjukkan oleh burung gagak yang hidup secara berkumpulan. Sifat inilah yang menjadikan burung tersebut menjadi contoh yang baik berbanding dengan manusia. Selain itu, burung ini merupakan sejenis haiwan yang tidak pernah diajar apa-apa.  Namun, burung tersebut tahu kepentingan bersatu. Hal ini sangat berbeza dengan sifat manusia. Walaupun manusia telah diajar semua perkara di dalam kehidupan, tetapi mereka masih bergaduh sesama sendiri kerana pelbagai sebab.

Penyumbang: Jeya (42)
Masyarakat: India
Pengumpul: USM (Suraya dan Asyikin)

.

.
.
.

.
.
Perayaan Chap Goh Mei diraikan pada hari terakhir Tahun Baru Cina iaitu pada 15 haribulan dalam Kalendar Lunar. Perayaan ini dipercayai merupakan Hari Valentine versi cina. Dikatakan bahawa pada zaman dahulu, gadis muda yang belum berkahwin akan membaling oren cina ke dalam laut dengan harapan untuk mendapat jodoh yang baik. Namun pada hari ini di zaman yang moden, gadis muda hanya akan membaling oren cina ke dalam sungai yang berdekatan.


Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

.
Meskipun permainan ini juga dimainkan di serata Malaysia, permainan ini juga dimainkan oleh masyarakat Melayu Pulau Pinang. Maklumat ini telah diadaptasi daripada rujukan yang berikut.

Rujukan: Shamsul Anuar H.N. & Ahmad Shahar H.N (2005). Siri Panduanan Permainan Tradisional Kanak Kanak. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Penerangan sistem undian
Sebelum sesebuah permainan dimulakan, undian akan dibuat untuk menentukan kumpulan, ketua, giliran dan sebagainya. Jenis undian yang digunakan adalah mengikut jenis permainan yang akan dimainkan. Tujuan undian dijalankan adalah untuk memudahkan serta melancarkan permainan dan pada masa yang sama menentukan keadilan sewaktu bermain.

Jenis-jenis Undian
i. Mencabut Lidi.

Undian ini digunakan untuk menentukan:
a. Kumpulan.
b. Giliran bermain.
c. Pemain yang memulakan permainan.

Bahan yang digunakan untuk undian
a. Lidi penyapu.
b. Ranting kayu kecil.
c. Batang kemuncup.

Cara undian
a. Bahan yang digunakan adalah antara 3-5 sentimeter.
b. Jumlah bahan bergantung kepada bilangan pemain.
c. Seorang menggenggam bahan, dan pastikan bahagian atas kelihatan sama.
d. Untuk pembahagian kumpulan, bahan undian disediakan di dalam 2 ukuran.
e. Pemain yang mendapat bahan yang terpanjang atau terpendek akan memulakan permainan.

ii. Melambung Duit.

Undian ini digunakan untuk menentukan:
a. Tempat permainan.
b. Pemain atau pasukan yang memulakan permainan.

Bahan yang digunakan
a. Duit syiling.

Cara undian
a. Sebelum undian dijalankan, pemain atau pasukan perlu memilih muka duit syiling; kepala atau ekor.
b. Seorang pengadil menjadi ’tukang’ melambung duit.
c. Lambungan dibuat dengan menjentik duit syiling yang diletakkan di atas ibu jari ke atas.
d. Pemain atau pasukan perlu berdiri berhadapan untuk melihat duit syiling yang jatuh.
e. Muka duit syiling yang menghadap ke atas ialah pemenang undian.
f. Lambungan dibuat sekali sahaja.

iii. Melambung Bahan Permainan

Undian ini digunakan untuk:
a. Menentukan giliran bermain.

Bahan yang digunakan
a. Bergantung kepada jenis permainan (sebagai contoh: guli dan gekung getah).

Cara undian
a. Dua garisan diperlukan : garisan permulaan dan garisan sasaran.
b. Pemain berdiri di garisan permulaan dan melambung bahan permainan ke arah garisan sasaran.
c. Giliran bermain bergantung kepada jarak lambungan dari garisan sasaran.
d. Semakin jauh lambungan dari garisan sasaran, giliran di dalam permainan semakin terkemudian.
e. Setiap pemain membuat satu lambungan sahaja.


Penyumbang: Tidak dinyatakan
Masyarakat: tidak dinyatakan
Kawasan: tidak dinyatakan
Pengumpul: tidak dinyatakan

.
 

Penerangan cerita:
Pada zaman dahulu, terdapat seorang lelaki alim lagi  warak bersolat di sebuah masjid. Pada setiap hari Jumaat, beliau akan menjamu makanan kepada budak-budak yang datang ke masjid tersebut. Pada suatu hari,  lelaki yang alim lagi warak tersebut meninggal dunia. Walau bagaimanapun, jenazah beliau tidak dapat diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan. Maka, orang ramai telah mengambil keputusan untuk menyimpan jenazah beliau semalaman di masjid tersebut. Pada keesokan harinya, seorang lelaki yang juga alim telah datang ke masjid dan memberitahu bahawa beliau telah bermimpi berjumpa dengan arwah (si mati). Menurutnya, arwah (si mati) memohon agar jenazahnya dikebumikan di dalam masjid tersebut. Setelah mendengar penjelasan mimpi tersebut, akhirnya jenazah arwah dikebumikan di dalam masjid tersebut. Semenjak hari itulah, masjid tersebut dinamakan Masjid Dato’ Keramat.

Penyumbang: Pn. Faridah Shaari
Masyarakat: Melayu
Kawasan: Seberang Prai
Pengumpul: UiTM Pulau Pinang

.


.

Thonthi maama vanthara,
Topi pothe vanthara,
Sake pahyee yehdethara,
Santhai kadaike pohnara,
Paapavekee kudethara.

Penerangan lagu:
Lagu ini biasanya dinyanyikan kepada kanak-kanak semasa mereka hendak tidur.

Maksud lagu:
Pak cik Gemuk sudah datang,
Dia datang pakai topi,
Dia ambil bungkusan,
Dia telah pergi ke kedai,
Dia beli gula-gula,
Dia beri pada budak perempuan.

Penyumbang: Munusamy (67)
Masyarakat: India
Pengumpul: USM (Jovaniah dan Sankari)

.

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk bagi pandai
Nanti upah susu

Penyumbang: Pn. Faridah bt Shaari
Masyarakat: Melayu
Kawasan: Seberang Perai
Pengumpul: UiTM Pulau Pinang

.
.

.

.
.

Video I


Video II
.

.
Alageh kutti chellam, unnai alli tukkam pothe, un pinji viralgal mothi, en nenjam udainthe ponen,
Vallai palathai pole un kannam kuliyin alagil,
Virumbi matti konden, naan tirumbi poga matten.
Ammuni, en bommuni
Mammuni, en minmini,
Unake terinthe moliyile, enake pese teriyale,
Enake terinthe basha pesa, unake teriya ville,
Irunthum namakkul ithe enne puthe peche,
Idahyam pese ethekinthe araichi,
Ninja,minja,ninja,minja nenjamni.
Anja,manja,anja,manja minjani.
Alagu kutti chellam, unnai alli tukkum pothe,
Un pinju viralgal mothi naan nenjam uregi ponen,
Valai palathin pogem un kanne kuliyin siripil,
Virumbi matti konden naan tirumbi poge matten…

Penerangan:
Lagu ini adalah untuk bayi.
Kecantikan bayi yang mulus mencuri hatiku hingga terbit kegembiraan dalam hidupku. Kecomelan bayi, dan keanak-anakkannya mencairkan hatiku. Walau senakal mana bayi, ia kegembiraan buatku.

Penyumbang: Aruna Devi(23)
Masyarakat: India
Pengumpul: USM (Xue Bai dan Fei Ying)

.
.

Odi vilayadhu pappa
Nee ointhirukalakathu pappa
Kuudi vilayadhu pappa
Odi vilayadhu pappa
Palai polinthu tarum pappa
Antha pasu miga nallathadi pappa
Palai polinthu tarum pappa
Antha pasu miga nallathadi pappa
Vaalai uzhainthu varum naithan (2X)
Athu manitharku tolanadi pappa (2X)

Poi solla kudathu papa
Endrum puram solla lagathu pappa
Theivam nemeke tunai pappa (2X)
Oru teenggu vare maatathu pappa
Odi vilayadhu pappa
Kaalai elunthovudan padipu
Pinbu kaniva kodukum nalla paatu
Maalai muluthum vilayattu
Endrum palake paduti kollu pappa

Kaalai elunthavan
Pinbu kanivu
Jathigai illaiyadi pappa

Penerangan lagu:
Lagu ini dinyanyikan kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ianya mengisahkan nasihat ibu bapa kepada anak mereka agar bergaul bersama rakan sebaya dan tidak mencari masalah serta menghormati orang lain.  Selain itu, lagu ini juga mengajar kanak-kanak agar tidak menipu.Kanak-kanak juga dinasihatkan supaya menghargai makanan, terutamanya susu kerana susu dihasilkan oleh lembu yang suci. Perbezaan kasta juga ada disebut di dalam lagu ini supaya kanak-kanak faham bahawa semua manusia adalah setaraf di dalam hidup ini. Akhir sekali, lagu ini menyatakan bahawa pendidikan ialah harta yang paling berharga di dalam kehidupan seseorang.


Penyumbang: Subathera (22)
Masyarakat: India
Pengumpul: USM (Fadzmin dan Nuha)

.



Penerangan permainan:
Permainan ini dimainkan oleh golongan wanita dan kanak-kanak India semasa waktu rehat. Permainan ini biasanya dimainkan di dalam rumah. Inti permainan ini ialah, setiap pemain cuba menjadi orang pertama yang mendapat beberapa barangan tertentu di garisan penamat.

Cara permainan:
Permainan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua orang pemain, dan paling ramai ialah empat orang pemain.

Peralatan yang diperlukan ialah:
i. dua kepingan kecil jongkong logam berbentuk empat segi 2. Setiap bahagian permukaan kepingan logam, ditandakan dengan 1 titik, 2 titik, 3 titik, dan 4 titik.
ii. kedua-dua kepingan jongkong logam tersebut akan dilambung seperti melambung buah dadu, seperti di dalam Gambar Rajah 1 yang berikut:


Gambar Rajah 1



Prosedur permainan:
i. Setiap pemain mengambil satu tempat dalam empat rumah dalam papan permainan (rujuk Gambar Rajah 2).

ii. Setiap rumah mempunyai 4 biji manik. Matlamat setiap pemain adalah untuk menghantar setiap manik ke garisan penamat (segi empat yang bertanda pangkah di atas permukaan papan permainan) selepas menyempurnakan satu pusingan melalui semua rumah di atas papan. Contohnya, sebiji manik daripada rumah A perlu melalui jalan yang ditandakan dengan anak panah untuk sampai ke garisan penamat.

iii. Pemain pertama yang mempunyai keempat-empat manik di garisan penamat akan menjadi pemenang permainan ini.

Syarat permainan:
i. Pemain hanya boleh memulakan manik dalam perjalanannya apabila dia mendapat jumlah ‘6’ pada kedua-dua dadu dengan sekali lontaran.

ii. Apabila manik keluar dari rumah menuju ke garisan penamat, jumlah nombor yang ditunjukkan pada kedua-dua dadu pada sekali lontaran akan menjadi nombor langkah seterusnya bagi pemain menggerakkan manik ke depan.

iii. Jumlah ‘6’ pada kedua-dua dadu dengan sekali lontaran akan membolehkan pemain melakukan lontaran kali kedua menggunakan kedua-dua dadu.

iv. Penalti- manik yang berhenti pada mana-mana tempat semasa menuju ke garisan penamat akan dihantar balik ke rumahnya sekiranya manik lawan juga berhenti pada tempat yang sama. Apabila situasi ini berlaku, manik yang dihantar tadi perlu memulakan kembali perjalanan ke garisan penamat dari rumah asalnya.

Gambar Rajah 2



Penyumbang: Letchimee (47)
Masyarakat: India
Pengumpul: USM (Janetta dan Mee Yan)

.
Pada malam perkahwinan, diwajibkan meletak sampul merah (Ang Pow) dan limau Mandarin di dalam Tham Pui (Mangkuk Ludah). Abang ipar pengantin lelaki akan dipanggil untuk memecahkan penutup Tham Pui (kertas merah) dan mengambil ang pow dan buah limau mandarin tersebut serta mempamerkan barang-barang ini di tingkap.

Selepas itu, pengantin akan kembali dan ahli keluarga yang paling muda, biasanya kanak-kanak akan membuka pintu untuk menjemput pengantin tersebut dan menjamu teh telur ayam dan seterusnya kanak-kanak itu diberikan ang pow oleh pasangan pengantin.

Mengikut adat dan tradisi yang sebenar, adalah perlu untuk mengikat batang tebu pada kedua-dua belah kereta pengantin. Secara umumnya, dalam tradisi masyarakat ketika menziarahi orang, kita perlulah membawa buah limau mandarin sebagai buah tangan.

Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

.
Rakaman ini mengisahkan hikayat seorang wanita yang tidak berhasrat untuk berkahwin. Mereka dapat dikenal pasti dengan ikatan rambut khas yang mereka gunakan. Mereka akan membiarkan rambut mereka menjadi sangat panjang. Mereka berkerja di rumah-rumah orang kaya sebagai pembantu rumah ataupun tukang masak. Mereka sangat disanjung kerana mampu memasak masakan yang enak contohnya masakan kaki ayam. Mereka digelar sebagai  Ma Jie.


Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

.
Rakaman ini adalah berkaitan Pai Thi Kong III

Pai Thi Kong dirayakan untuk menunjukkan pengabdian penganutnya kepada Maharaja Langit yang menyelamatkan orang Cina semasa peperangan. Orang-orang Cina telah bersembunyi di dalam perkebunan tebu kerana melarikan diri daripada musuh mereka. Mereka menyedari bahawa hari itu ialah hari Tahun Baru Cina dan hari ke-8 hari Tahun Baru Cina. Oleh kerana itu, mereka mengucapkan terima kasih kepada Tuhan dengan mempersembahkan batang tebu. Mereka yang berdoa kepada Thi Kong terbahagi kepada dua. Pertama,  mereka yang makan sayur dan kedua mereka yang tidak.



Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

.
 Versi 1

Menurut rakaman ini, lokasi paling popular untuk upacara Pai Ti Kong ialah di Titi Seng Chow. Di kawasan tersebut terdapat ramai golongan nelayan Cina tinggal berdekatan kawasan jeti. Mereka membina rumah mereka di atas tebing laut.

Kerajaan Pulau Pinang telah menobatkan tempat tersebut sebagai kawasan Khazanah Tradisi. Semasa Upacara Pai Thi Kong, warga Hokkien Pulau Pinang akan memakai baju baru, dan membakar pemberian kepada dewa.

Pengikut-pengikut Pai Ti Kong perlu makan sayur dan mengelakkan makanan daging sekurang-kurangnya sehari. Selain itu, di sepanjang jalan tersebut yakni jalan pertama sehingga jalan ke lapan terdapat ramai pengikut membakar bahan-bahan wajip penyembahan Pai Ti Kong.

Berdekatan dengan kawasan tersebut terdapat sebuah tempat yang digelar Nan Hua Hui Guan yang dikenali sebagai Pusat Persatuan Cina Hokkien. Tempat tersebut merupakan pusat bagi komuniti Hokkien untuk berinteraksi dan menjalankan pelbagai aktiviti sosial. Terdapat sebuah filem yang digemari oleh golongan Hokkien iaitu Yi Nan Yang.

 Versi 2

Lagu-lagu nostalgia Hokkien telah dirakam di dalam sebuah buku namun ia telah hilang dan tidak dapat diwariskan kepada golongan muda. Selain itu, terdapat koleksi pepatah ataupun mutiara kata yang hanya dimiliki oleh komuniti Hokkien, mengalami nasib yang sama.

Selain daripada bahan-bahan tersebut di atas, terdapat sebuah hikayat berkaitan dengan penyembahan Dewa Langit (Pai Ti Kong) pada era silam itu. Komuniti Hokkien telah diburu dan terdapat titah yang diturunkan supaya kepala orang-orang Hokkien dipancung. Oleh sebab itu mereka telah melarikan diri dan bersembuyi di dalam kebun tebu sehinggalah sesuatu tempoh dan mereka selamat daripada peperangan tersebut. Akhirnya mereka menyembah Ti Kong dengan menggunakan tebu.
 

Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

.
Cerita ini adalah mengenai lagu-lagu nostalgia Hokkien. Semua lagu Hokkien, sajak ataupun prosa telah didokumentasikan di dalam sebuah buku khas. Namun buku ini telah hilang dan tidak dapat diwariskan kepada generasi muda.


Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

.
Wanita ini menceritakan tentang kehidupan masyarakat Pulau Pinang pada zaman lampau. Beliau menceritakan cerita zaman kanak-kanaknya. Beliau juga menjelaskan tentang 'mee sua' yang dihidangkan pada Tahun Baru China khasnya pada hari pertama. Amalan  makan 'mee sua' menjadi kepercayaan masyarakat Cina, bahawa seseorang akan dipanjangkan umur dan rezekinya sekiranya memakan 'mee sua' tersebut.

Selain itu, pada hari pertama Tahun Baru Cina seseorang perlu mengelakkan daripada menyikat rambutnya, menyapu lantai dan membuang sampah lantaran hari tersebut ialah hari membawa tuah. Oleh itu, seandainya melanggar pantang larang tersebut tuah seseorang itu akan hilang.

Pada malam ke 30, iaitu malam sebelum Tahun Baru Cina; masyarakat Cina di Pulau Pinang yang berketurunan Hokkian akan menjamu selera dengan makanan seperti sengkuang goreng, kari ayam, itik bergaram, dan kuih bakul. Kuih bakul dipercayai lebih afdal kerana ia akan disembahkan kepada dewa yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesejahteraan dapur. Perbuatan menyembahkan kuih bakul kepadanya adalah bertujuan untuk mengelakkan 'dewa tuah'  membuat laporan buruk tentang seseorang (kuih bakul yang liat tersebut mampu menyebabkan mulutnya terlekat).


Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

Penyunting: Jamilah Ikhsan
.
1. Permainan 'bakuli'
Rakaman ini adalah berkenaan permainan dalam kalangan komuniti Cina di Pulau Pinang. Kebiasaannya, mereka bermain menggunakan guli besar yang dikenali sebagai 'bakuli'. Permainan ini sangat menyeronokkan. Walau bagaimanapun,  disebabkan bentuk, ukuran, dan beratnya menyebabkan ibu bapa menganggapnya terlalu bahaya untuk dimainkan. Oleh itu, mereka tidak membenarkan anak mereka  bermain permainan berkenaan. Oleh yang demikian, tradisi permainan ini telah hilang ditelan zaman dan seterusnya tidak diwariskan kepada generasi muda.

2. Permainan 'kan lok'
Permainan seterusnya ialah  'kan lok'. Bahan permainan ini diperbuat daripada kayu dan ia berbentuk panjang. Mereka bermain secara membaling kayu tersebut antara satu sama lain.

3. Permainan 'ho sin ho'
Seterusnya, sebuah permainan yang digelar 'ho sin ho'. Permainan ini merujuk kepada kunang-kunang yang bersembunyi di bawah dedaun. Kunang-kunang tersebut ditangkap dan dijadikan sebagai permainan oleh kanak-kanak. Selain itu, permainan ini merupakan pertandingan yang memperlihatkan kekuatan kunang-kunang berlawan antara satu sama lain.

4. Permainan 'ka li toi'
Permainan seterusnya ialah 'ka li toi'. Cara permainan ini dimainkan adalah dengan menggunakan bekas tin yang dipenuhi batu-batu kecil.

Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

.
Ti O O poem.
ti o o, be lo ho
kia ti tau, sun tsui lo
hai lin ong, le tsua mo
ku tse siau, bi pa ko
he ia ta ting lai tsio lo
tian i ka ki hiam sin ko
tian i – ee1
tsui kue kong kio mak to to


Maksud puisi:
Langit gelap gelita
Hujan nak Turun
Pikul cangkul di bahu
Jalan di tepi saluran sungai,
Maharaja Hai Leng (Dewa naga Laut)
akan berkahwin tidak lama lagi.
(Menurut hikayat seandainya hujan, maharaja Hai Leng akan beristeri baru)
(menghuraikan keadaan perarakan perkahwinan)
Kura-kura bermain seruling....
Labi-labi memukul gendang...
Kunang-kunang mencerahkan suasana sepanjang jalan....
Membawa bendera... tetapi merungut kepenatan..
Air terjun membasahi bahu..ketika berjalan di jambatan....
Ku melihat dengan mata yang terbuka luas....


Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

.
Orang Hokkien merupakan salah satu kumpulan Baba dan Nyonya. Biasanya, ketika hari perayaan orang Hokkien akan mengadakan satu majlis dengan menghidangkan pelbagai makanan di atas sebuah meja yang panjang. Mereka akan memasak pelbagai hidangan untuk para tetamu yang hadir antaranya adalah seperti 'loh bak', 'ju hu char', 'hu chi char nui', kuih nyonya dan sebagainya.

Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

.
Rakaman ini mengisahkan tentang Ko-tai yang dipentaskan di Penang's Wembley dan New World Park sejak tahun 1930-an. Pertunjukan moden atau ko-tai juga dipentaskan di taman-taman hiburan. Menurut orang Cina, terdapat banyak lagu popular di dalam persembahan ko-tai pada tahun 1930-an. Menurut sumber yang diperolehi, Ko tai juga dipentaskan semasa  masyarakat Cina di Pulau Pinang berdoa kepada satu dewa harimau yang dikenali sebagai 'Ho Ye'. Mereka juga membuat 'tang yuen' iaitu sejenis manisan yang dibuat dari tepung . Beberapa opera China seperti 'Si Teng Sua' dan 'Han Li Hua' sudah terkenal dalam kalangan orang-orang Cina, Pulau Pinang kerana terlibat dalam persembahan Ko tai.


Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

.
Keluarga Chan berasal dari China dan telah menetap selama 130 tahun di Pulau Pinang. Rakaman ini juga menunjukkan Kong-Zi's adalah merupakan pelajar pertama yang berasal dari Zhen-z. Di dalam keluarga Chan, terdapat pelbagai jenis kumpulan dengan nama keluarga yang sama.

Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

.
Rakaman ini adalah berkaitan Jalan Chulia. Nama Jalan Chulia dikenali sebagai "Niu Kan Tong" oleh orang tempatan. Menurut seorang warga emas yang telah tinggal di sana sejak tahun 1939, Jalan Chulia telah melalui banyak perubahan. Pada masa ini, Chulia Street juga dikenali sebagai "Little India" atau "India Street" oleh orang tempatan .

Maklumat tambahan:
Jalan Chulia adalah salah satu jalan utama di George Town. Oleh kerana kepanjangannya, sebahagian daripada jalan ini berada di dalam zon teras dari George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO, sehingga ke Carnavon Street dan Love Lane, dan yang selainnya berada di dalam zon penimbal.

Jalan Chulia adalah salah satu jalan yang tertua di George Town. Jalan ini dibina pada zaman pemerintahan Kapten Francis Light. Ianya juga merupakan salah satu daripada empat jalan utama yang baru dibangunkan. Tiga jalan yang lain termasuklah Light Street, Beach Street dan Pitt Street. Di dalam zaman masa lampau, jalan ini dikenali sebagai Malabar Street yakni sempena nama kaum India Malabari. Pada tahun 1798, nama jalan ini telah ditukar kepada “Chulia Street”, atau lebih tepat “Chulier Street”, seperti yang kita kenali kini (http://www.penang-traveltips.com/chulia-street.htm).


Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

.
 Versi 1

Rakaman ini mengisahkan berkenaan doa kaum Hokkien kepada 'Thi Kong'. Cerita ini bermula ketika kaum Hokkien dan Hakka sedang berperang sesama sendiri. Kaum Hokkien berlari ke kebun tebu untuk menyembunyikan diri daripada serangan kaum Hakka. Ketika peperangan tersebut terdapat juga beberapa orang wanita kaya yang turut melarikan diri. Wanita Hokkien pada zaman dahulu perlu mengikat kedua-dua kaki mereka dengan pakaian lama ketika masih muda dengan tujuan untuk menghalang kaki mereka daripada membesar. Wanita Hokkien pada waktu tersebut percaya bahawa kaki yang lebih kecil akan menjadikan mereka lebih menarik dan besar kemungkinan mereka akan berkahwin dengan orang kaya di masa hadapan. Oleh sebab kaki mereka terlalu kecil, para wanita ini mengalami kesulitan untuk berjalan dengan sempurna ketika mereka melarikan diri.

Apabila tiba hari pertama perayaan Tahun Baru Cina, kaum Hokkien ini tidak boleh merayakannya kerana mereka perlu terus bertahan di dalam hutan. Mereka hanya bergantung kepada tebu sebagai makanan dan minuman utama mereka. Pada hari kesembilan Tahun Baru Cina, pertempuran pun berakhir. Dengan itu, kaum Hokkien dapat keluar dari tempat persembunyian mereka dan merayakan tahun baru dengan gembira.

Sejak hari itu, kaum Hokkien menganggap bahawa hari mereka berjaya melepaskan diri ialah hari pertama Tahun Baru Cina mereka. Sehingga hari ini, orang Hokkien masih bersembahyang kepada Tuhan  dan menamakan Tuhan mereka sebagai Thi Kong. Tebu diberi sebagai penghargaan mereka kepada Tuhan. Hal ini kerana tebu telah membantu mereka untuk bertahan semasa tempoh yang sukar itu.

 Versi 2
Rakaman ini menjelaskan bahawa ketika Pai Thi Kong, mereka harus membakar tebu. Pada hari-hari tersebut wanita dengan kaki yang terikat akan cuba melarikan diri dari keluarga mereka. Mereka akan melarikan diri ke kebun tebu. Ini adalah kerana perkebunan tebu iaalah tempat yang sesuai untuk bersembunyi kerana perkebunan itu sangat tebal dan padat.

Keluarga yang kaya akan mengikat kaki anak gadis mereka supaya mereka tidak dapat berlari dan bersembunyi dengan mudah. Para wanita akan bersembunyi di tempat tersebut sehingga 9 hari bulan.

Cerita Pai Thi Kong versi lain pula menjelasakan bahawa pada suatu ketika terdapat askar-askar yang mengejar orang Hokkien sehingga mereka perlu bersembunyi di perkebunan tebu. Situasi pada masa itu adalah sangat huru hara. Para wanita juga tidak terkecuali daripada melarikan diri dan bersembunyi. Namun kaki wanita ini di dalam keadaan terikat, kurus, dan ramping. Keadaan ini menghalang mereka  berlari dengan cepat. Selain itu, terdapat sebab lain mereka mengikat kaki. Tujuannya adalah untuk menambah kecantikan diri mereka. Pelayan atau pembantu rumah tidak dibenarkan untuk mengikat kaki mereka. Hanya wanita yang mempunyai status yang tinggi dibenarkan. Mereka perlu berjalan dengan perlahan-lahan dan ini dianggap sebagai keindahan.

Penerangan cerita:
Penyumbang juga ada menceritakan tentang wayang baba dan nyonya yang terdapat di Pulau Pinang. Salah satu filem yang terkenal ialah Xiao Er Niang.


Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

.

Penerangan lagu:
Dia seorang gadis kampung dan  tidak pernah ke sekolah. Gadis ini tidak tahu menyanyi, tetapi mahu menyanyi. Oleh itu, dia pun menyanyi dengan menggunakan perkataan yang mudah. Tetapi gadis tersebut tidak mempunyai sifat bangga diri.

Penyumbang: Saraswathy (56)
Masyarakat: India
Pengumpul: USM (Guo Xinyi)

.


Nila, Nila, Odi Vaa,
Nillaamal Odi Vaa,
Malai Mela Eri Vaa,
Malligai Poo Kondu Vaa.
Penerangan lagu:
Lagu ini dinyanyikan semasa kanak-kanak hendak tidur.

Maksud lagu:
Bulan, Bulan, datang pada saya,
Jangan berhenti berlari,
Panjatlah gunung dan,
Bawakan bunga melur apabila kamu datang.
Penyumbang: Shankar(55)
Masyarakat: India
Pengumpul: USM (Jovaniah dan Sankari)

.














Sejarah Asal Ghazal Parti
Berasal dari negara Arab, dan sangat popular di utara tanah air. Perbezaan antara Ghazal Parti dengan Ghazal Johor ialah cara persembahannya.

Cara Persembahan
Ghazal Johor: ahli-ahlinya perlu duduk.
Ghazal Parti: ahli-ahlinya perlu berdiri.

Empat Ciri Ghazal Parti
i. Penyanyi (perlu menyanyikan lagu Arab).
ii. Penari gelek (lelaki berperwatakan perempuan).
iii. Pemuzik.
iv. Pelawak (melawak atau mengacau persembahan).

Tempat Persembahan
i. Sering kali mendapat sambutan di majlis perkahwinan.
ii. Dipersembahkan dalam apa jua majlis.
iii. Ghazal Parti pernah popular di Kepala Batas dengan persembahan yang bertajuk “Agenda Ghazal Parti”.

Unsur Lirik Lagu
i. Lagu-lagu Arab (lagu-lagu cinta)

Keperluan Pemuzik dan Persembahan
i. Bilangan ahli untuk satu kumpulan ghazal parti terdiri daripada 15-20 orang.
ii. Ahli-ahli mengenakan pakaian yang agak formal (kot, songkok dll).
iii. Irama Arab dipersembahkan dalam Bahasa Melayu.
iv. Masa untuk satu persembahan adalah selama dua jam atau lebih (mengikut kepada permintaan).

Alat Muzik
i. Seruling (peralatan yang sangat penting).
ii. Gambus.
iii. Biola.
iv. Marakas.
v. Harmonium.

Penyumbang: En. Omara, Seberang Perai, Pulau Pinang
Bangsa: Melayu
Pengumpul: Kumpulan UiTM

.
Tosai eethu tosai, Amma sutta thosai,
Arisi maavum, Ulunthu maavum,
Kalanthu sutta thosai,
Appavukku nanku, Ammavukku mundru,
Annenukku rendu, Enakku ondru,
Thinna thinna asai, Ennum keytal pusai.
Maksud lagu:
Tosai, ini ialah tosai, Tosai dibuat oleh emak,
Tepung beras dan tepung basan dicampur untuk dibuat tosai,
Bapa dapat empat keping, emak dapat tiga,
Abang dapat dua, saya dapat satu,
Sedap dan lebih sedap dimakan,

Tetapi siapa yang minta lagi akan dapat pukulan.


Penerangan lagu:
Lagu ini dinyanyikan kepada kanak-kanak semasa mereka hendak tidur.

Penyumbang: Kamatchi (52)
Masyarakat: India
Pengumpul: USM (Vima dan Deepa)

.
Kai veesu amma, Kai veesu,
Kadaiku pogallam kai veesu,
Mittai vangalam kai veesu,
Methuvai thinggalam kai veesu,
Sokkai vangalam kai veesu,
Sogusai podalam kai veesu,
Palanggal vangalam kai veesu,
Paanggai thinggalam kai veesu,
Kai veesu amma, Kai veesu,
Kadaiku pogallam kai veesu.
Maksud lagu:
Ayun tanganmu jelita, ayun tanganmu,

Ayuh pergi ke kedai, maka ayunlah tanganmu,

Ayuh kita beli gula-gula, maka ayunlah tanganmu,

Ayuh kita makan perlahan-lahan, maka ayunlah tanganmu,

Ayuh kita beli baju baru, maka ayunlah tanganmu,

Ayuh kita pakai dengan selesa, maka ayunlah tangan mu,

Ayuh kita beli buah-buahan, maka ayunlah tanganmu,

Ayuh kita makan bersama-sama, maka ayunlah tanganmu,

Ayun tanganmu jelita, ayun tanganmu,

Ayuh kita pergi ke kedai, maka ayunlah tanganmu.

Penerangan lagu:
Lagu ini dinyanyikan semasa meluangkan waktu bersama-sama kanak-kanak kecil.

Penyumbang: Kamatchi (52)
Masyarakat: India
Pengumpul: USM (Vima dan Deepa)