Wanita ini menceritakan tentang kehidupan masyarakat Pulau Pinang pada zaman lampau. Beliau menceritakan cerita zaman kanak-kanaknya. Beliau juga menjelaskan tentang 'mee sua' yang dihidangkan pada Tahun Baru China khasnya pada hari pertama. Amalan makan 'mee sua' menjadi kepercayaan masyarakat Cina, bahawa seseorang akan dipanjangkan umur dan rezekinya sekiranya memakan 'mee sua' tersebut.
Selain itu, pada hari pertama Tahun Baru Cina seseorang perlu mengelakkan daripada menyikat rambutnya, menyapu lantai dan membuang sampah lantaran hari tersebut ialah hari membawa tuah. Oleh itu, seandainya melanggar pantang larang tersebut tuah seseorang itu akan hilang.
Pada malam ke 30, iaitu malam sebelum Tahun Baru Cina; masyarakat Cina di Pulau Pinang yang berketurunan Hokkian akan menjamu selera dengan makanan seperti sengkuang goreng, kari ayam, itik bergaram, dan kuih bakul. Kuih bakul dipercayai lebih afdal kerana ia akan disembahkan kepada dewa yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesejahteraan dapur. Perbuatan menyembahkan kuih bakul kepadanya adalah bertujuan untuk mengelakkan 'dewa tuah' membuat laporan buruk tentang seseorang (kuih bakul yang liat tersebut mampu menyebabkan mulutnya terlekat).
Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM
Penyunting: Jamilah Ikhsan
Post a Comment