.
Pada malam perkahwinan, diwajibkan meletak sampul merah (Ang Pow) dan limau Mandarin di dalam Tham Pui (Mangkuk Ludah). Abang ipar pengantin lelaki akan dipanggil untuk memecahkan penutup Tham Pui (kertas merah) dan mengambil ang pow dan buah limau mandarin tersebut serta mempamerkan barang-barang ini di tingkap.

Selepas itu, pengantin akan kembali dan ahli keluarga yang paling muda, biasanya kanak-kanak akan membuka pintu untuk menjemput pengantin tersebut dan menjamu teh telur ayam dan seterusnya kanak-kanak itu diberikan ang pow oleh pasangan pengantin.

Mengikut adat dan tradisi yang sebenar, adalah perlu untuk mengikat batang tebu pada kedua-dua belah kereta pengantin. Secara umumnya, dalam tradisi masyarakat ketika menziarahi orang, kita perlulah membawa buah limau mandarin sebagai buah tangan.

Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

0 Responses

Post a Comment