.
Rakaman ini menceritakan tentang keunikan kehidupan rakyat cina yang menetap di Pulau Pinang. Panggung wayang pada masa lalu. Ia ialah panggung wayang terbuka dan di sana terdapat kerusi ¨C iaitu kerusi yang disediakan untuk penonton duduk dan menonton. Apabila ia hujan, bengku tersebut akan basah dan pengunjung terpaksa berdiri dalam keadaan basah dilimpahi hujan.

Untuk pergi ke panggung wayang tersebut seseorang terpaksa melalui tapak hiburan iaitu sebuah taman yang mempunyai permainan loy-loy. Disebabkan harganya, bukan semua kanak-kanak mampu memainnya.

Terdapat segenlintir warga yang india datang ke Pulau Pinang untuk menjual barang-barang dan bertujuan untuk mengirim duit hasil keuntungan ke india. Pengunting rambut berbangsa india, kebanyakannya tidak memiliki premis gunting rambut mereka cenderung berbasikal dan berulang alik dalam sesuatu kawasan untuk mendapatkan pelanggan. Manakal harga yang ditawarkan juga amat murah. Sesuatu

senario yang menjadi lumrah dalam komuniti cinu iaitu tan tong tong,belaiu merupakan seseorang seniman yang mendukung alat muzik intruman cina. Beliau akan berhenti dan kemudian mendendangkan lagu nostalgia yang digemari pengunjung pada tempat tersebut. Pengunjung perlu memberi sedikit wang sebagai balasan.

Terdapat makanan ringan traditional yang dinamakan sheng yuan iaitu bebola ais. Air sirap yang manis akan dituang di bahagian atas ais tersebut. Gula batu juga merupakan makanan yang digemari pada era tersebut. Ianya sangat murah dan enak.


Masyarakat:Hokkien
Pengumpul: USM
0 Responses

Post a Comment