Versi 1
Menurut rakaman ini, lokasi paling popular untuk upacara Pai Ti Kong ialah di Titi Seng Chow. Di kawasan tersebut terdapat ramai golongan nelayan Cina tinggal berdekatan kawasan jeti. Mereka membina rumah mereka di atas tebing laut.
Menurut rakaman ini, lokasi paling popular untuk upacara Pai Ti Kong ialah di Titi Seng Chow. Di kawasan tersebut terdapat ramai golongan nelayan Cina tinggal berdekatan kawasan jeti. Mereka membina rumah mereka di atas tebing laut.
Kerajaan Pulau Pinang telah menobatkan tempat tersebut sebagai kawasan Khazanah Tradisi. Semasa Upacara Pai Thi Kong, warga Hokkien Pulau Pinang akan memakai baju baru, dan membakar pemberian kepada dewa.
Pengikut-pengikut Pai Ti Kong perlu makan sayur dan mengelakkan makanan daging sekurang-kurangnya sehari. Selain itu, di sepanjang jalan tersebut yakni jalan pertama sehingga jalan ke lapan terdapat ramai pengikut membakar bahan-bahan wajip penyembahan Pai Ti Kong.
Berdekatan dengan kawasan tersebut terdapat sebuah tempat yang digelar Nan Hua Hui Guan yang dikenali sebagai Pusat Persatuan Cina Hokkien. Tempat tersebut merupakan pusat bagi komuniti Hokkien untuk berinteraksi dan menjalankan pelbagai aktiviti sosial. Terdapat sebuah filem yang digemari oleh golongan Hokkien iaitu Yi Nan Yang.
Lagu-lagu nostalgia Hokkien telah dirakam di dalam sebuah buku namun ia telah hilang dan tidak dapat diwariskan kepada golongan muda. Selain itu, terdapat koleksi pepatah ataupun mutiara kata yang hanya dimiliki oleh komuniti Hokkien, mengalami nasib yang sama.
Selain daripada bahan-bahan tersebut di atas, terdapat sebuah hikayat berkaitan dengan penyembahan Dewa Langit (Pai Ti Kong) pada era silam itu. Komuniti Hokkien telah diburu dan terdapat titah yang diturunkan supaya kepala orang-orang Hokkien dipancung. Oleh sebab itu mereka telah melarikan diri dan bersembuyi di dalam kebun tebu sehinggalah sesuatu tempoh dan mereka selamat daripada peperangan tersebut. Akhirnya mereka menyembah Ti Kong dengan menggunakan tebu.
Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

Post a Comment