.
Rakaman ini mengisahkan permainan yang sangat digemari pada zaman dahulu di Pulau Pinang. Salah satu daripada permainan tersebut ialah Batu Sembilan. Beberapa batu kecil dimain dengan jarak masa tertentu iaitu menangkap satu, dua ataupun beberapa batu sekali. Batu tersebut dibaling ke atas dan ditangkap menggunakan sebelah tangan sahaja.

Satu lagi permainan ialah papan gelongsor dan buaian. Kanak-kanak akan mengunjungi taman permainan untuk bermain permainan ini. Selain itu,  mereka juga berseronok dengan berbasikal. Permainan kan-lok, ji tan hua, dan xiang shi dou pula merupakan permainan yang digemari oleh golongan lelaki. Permainan ji tan hua ialah permainan kecil yang dimainkan dengan cara tendang-menendang dengan menggunakan siku, lutut dan tapak kaki. Kanak-kanak pula terpukau untuk bermain permainan xiang shi dou yang terdiri daripada kacang merah berbentuk hati kecil.

Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

0 Responses

Post a Comment