.
Meskipun permainan ini juga dimainkan di serata Malaysia, permainan ini juga dimainkan oleh masyarakat Melayu Pulau Pinang. Maklumat ini telah diadaptasi daripada rujukan yang berikut.

Rujukan: Shamsul Anuar H.N. & Ahmad Shahar H.N (2005). Siri Panduanan Permainan Tradisional Kanak Kanak. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Penerangan sistem undian
Sebelum sesebuah permainan dimulakan, undian akan dibuat untuk menentukan kumpulan, ketua, giliran dan sebagainya. Jenis undian yang digunakan adalah mengikut jenis permainan yang akan dimainkan. Tujuan undian dijalankan adalah untuk memudahkan serta melancarkan permainan dan pada masa yang sama menentukan keadilan sewaktu bermain.

Jenis-jenis Undian
i. Mencabut Lidi.

Undian ini digunakan untuk menentukan:
a. Kumpulan.
b. Giliran bermain.
c. Pemain yang memulakan permainan.

Bahan yang digunakan untuk undian
a. Lidi penyapu.
b. Ranting kayu kecil.
c. Batang kemuncup.

Cara undian
a. Bahan yang digunakan adalah antara 3-5 sentimeter.
b. Jumlah bahan bergantung kepada bilangan pemain.
c. Seorang menggenggam bahan, dan pastikan bahagian atas kelihatan sama.
d. Untuk pembahagian kumpulan, bahan undian disediakan di dalam 2 ukuran.
e. Pemain yang mendapat bahan yang terpanjang atau terpendek akan memulakan permainan.

ii. Melambung Duit.

Undian ini digunakan untuk menentukan:
a. Tempat permainan.
b. Pemain atau pasukan yang memulakan permainan.

Bahan yang digunakan
a. Duit syiling.

Cara undian
a. Sebelum undian dijalankan, pemain atau pasukan perlu memilih muka duit syiling; kepala atau ekor.
b. Seorang pengadil menjadi ’tukang’ melambung duit.
c. Lambungan dibuat dengan menjentik duit syiling yang diletakkan di atas ibu jari ke atas.
d. Pemain atau pasukan perlu berdiri berhadapan untuk melihat duit syiling yang jatuh.
e. Muka duit syiling yang menghadap ke atas ialah pemenang undian.
f. Lambungan dibuat sekali sahaja.

iii. Melambung Bahan Permainan

Undian ini digunakan untuk:
a. Menentukan giliran bermain.

Bahan yang digunakan
a. Bergantung kepada jenis permainan (sebagai contoh: guli dan gekung getah).

Cara undian
a. Dua garisan diperlukan : garisan permulaan dan garisan sasaran.
b. Pemain berdiri di garisan permulaan dan melambung bahan permainan ke arah garisan sasaran.
c. Giliran bermain bergantung kepada jarak lambungan dari garisan sasaran.
d. Semakin jauh lambungan dari garisan sasaran, giliran di dalam permainan semakin terkemudian.
e. Setiap pemain membuat satu lambungan sahaja.


Penyumbang: Tidak dinyatakan
Masyarakat: tidak dinyatakan
Kawasan: tidak dinyatakan
Pengumpul: tidak dinyatakan

0 Responses

Post a Comment