.
Rakaman ini mengisahkan tentang kehidupan Puan Woon Ten Choo yang merupakan penduduk asli Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan di sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang. Beliau tinggal di kawasan luar bandar. Beliau dan adik-beradiknya perlu membantu ibu bapa mereka bekerja di ladang setelah pulang dari sekolah. Beliau berkata bahawa ayahnya ada bermain suatu permainan yang menggunakkan satu kaki dan permainan lain dengan adik-beradiknya.

Beliau juga bercerita tentang bapanya yang membawa beliau ke sekolah dengan meletakkan beliau ke dalam satu bakul di atas sebuah basikal. Selepas beberapa tahun, beliau mula menunggang basikal ke sekolah. Ibu bapanya juga akan membawa mereka untuk menonton wayang atau menaiki bas ke bandar untuk melihat perayaan umum.

Beliau turut berkata bahawa ahli keluargnya perlu menyediakan makanan yang banyak untuk keluargannya dan pekerja-pekerja ladang. Mereka juga perlu membasuh pakaian pekerja tersebut kerana mereka sibuk membuat kerja di ladang mereka. Beliau dan adik-beradiknya jarang dibenarkan keluar dari rumah dengan alasan mereka merupakan wanita. Ibu bapa mereka masih mempunyai fikiran yang kolot.

Keluarga mereka akan berdoa kepada nenek moyang setiap kali perayaan atau hari yang penting. Beliau juga menceritakan tentang masakan ibunya. Ibunya akan memasak makanan Hakka untuk seluruh keluarganya. Kebanyakkan orang Hakka tinggal di kawasan Balik Pulau. Mereka akan menggunakan lembu untuk mengangkut sayur-sayuran yang merupakan makanan babi. Semasa kanak-kanak, rumah mereka masih belum mempunyai bekalan elektrik.



Penyumbang : Woon Ten Choo
Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM
0 Responses

Post a Comment