.
Rakaman ini mengisahkan tentang Ko-tai yang dipentaskan di Penang's Wembley dan New World Park sejak tahun 1930-an. Pertunjukan moden atau ko-tai juga dipentaskan di taman-taman hiburan. Menurut orang Cina, terdapat banyak lagu popular di dalam persembahan ko-tai pada tahun 1930-an. Menurut sumber yang diperolehi, Ko tai juga dipentaskan semasa  masyarakat Cina di Pulau Pinang berdoa kepada satu dewa harimau yang dikenali sebagai 'Ho Ye'. Mereka juga membuat 'tang yuen' iaitu sejenis manisan yang dibuat dari tepung . Beberapa opera China seperti 'Si Teng Sua' dan 'Han Li Hua' sudah terkenal dalam kalangan orang-orang Cina, Pulau Pinang kerana terlibat dalam persembahan Ko tai.


Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

0 Responses

Post a Comment