.
Rujukan: Shamsul Anuar H.N. & Ahmad Shahar H.N (2005). Siri Panduanan Permainan Tradisional Kanak Kanak. DBP: Kuala Lumpur

Pengenalan
CARA MENENTUKAN KEMENANGAN
Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang daripada mereka berjaya melepasi kesemua garisan serta berjaya balik ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan yang berjaya melakukan tugas di atas. Pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi dikira pemenang keseluruhan. Ia adalah sejenis permainan keluarga
Dinyanyikan bersama 2 buah lagu
Tom Tom bak
Ram Ram Pisang
Ia bertujuan untuk menguji siapa (pemain) yang boleh mendiamkan diri dalam masa yang lama.Ia dapat mewujudkan suasana meriah dalam keluarga untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.
Tempat Permainan
Ia boleh dimainkan di dalam rumah atau boleh juga dimainkan di tempat-tempat terbuka yang bersesuaian.
Peralatan
Tiada peralatan digunakan. Pemain-pemain hanya perlu menggunakan tangan masing-masing sahaja
Pemain
Dimainkan oleh 2 hingga 6 orang dan biasanya dimainkan bersama-sama ahli keluarga
Langkah-langkah Permainan
Pemain-pemain dikehendaki duduk dalam satu bulatan kecil
Semua pemain akan mengepal kedua-dua tangan dan disusun berselang-seli secara menegak. (Kedua-dua tangan pemain yang sama tidak boleh bertemu.)
Kemudian semua pemain bersama-sama menyanyikan lagu Tom Tom bak berulang kali.
Setiap kali lagu habis dinyanyikan, tangan yang di bawah sekali hendaklah dibuka kepalannya secara telungkup. Lagu dinyanyikan hingga semua pemain membuka kepalan tangan masing-masing.
5. Seterusnya, para pemain akan mengayakkan tangan mereka sambil menyanyikan lagu Ram Ram Pisang.
6. Bila lagu habis dinyanyikan, semua pemain mengangkat tangan dan berdiam diri. Semua pemain ditegah bersuara kerana pemain yang bersuara akan dicubit.
7. Untuk menjadikan suasana lebih meriah, para pemain akan mengacah sesama sendiri supaya ada yang tertawa atau bercakap. Jika ada pemain yang bersuara, semua pemain akan mencubit atau menggeletek pemain tersebut.
8. Permainan boleh diulang semula atau ditamatkan sekiranya mendapat persetujuan daripada semua pemain.

Peraturan Permainan
Semua pemain mesti bersama-sama menyanyikan lagu yang telah ditentukan. Semua pemain mestilah mematuhi peraturan permainan. Para pemain tidak dibenarkan mencubit kawan mereka dengan kuat sehingga menyakitkan.
Perbandingan Lagu Tom Tom Bak
VERSI DBP
Tom Tom bak,
Makyung dedek,
Pecah sebiji,
Tinggal sangkak.
VERSI EN ABDULLAH DARUS
Tom Tom bak makyung dedek,
Pecah sebijj tinggal serangkap,
Nenek oh nenek,
Rumah nenek nak reban,
Rek Rek Rum.
Lagu Ram Ram Pisang
Ram Ram Pisang,
Pisang masak layu,
Jatuh dalam lubang,
Disambar bapak yu,
Umbut-umbut nyiur,
Belalang kodek-kodek,
Siapa mulut dulu,
Dia kena cubit.
0 Responses

Post a Comment