.
1. Permainan 'bakuli'
Rakaman ini adalah berkenaan permainan dalam kalangan komuniti Cina di Pulau Pinang. Kebiasaannya, mereka bermain menggunakan guli besar yang dikenali sebagai 'bakuli'. Permainan ini sangat menyeronokkan. Walau bagaimanapun,  disebabkan bentuk, ukuran, dan beratnya menyebabkan ibu bapa menganggapnya terlalu bahaya untuk dimainkan. Oleh itu, mereka tidak membenarkan anak mereka  bermain permainan berkenaan. Oleh yang demikian, tradisi permainan ini telah hilang ditelan zaman dan seterusnya tidak diwariskan kepada generasi muda.

2. Permainan 'kan lok'
Permainan seterusnya ialah  'kan lok'. Bahan permainan ini diperbuat daripada kayu dan ia berbentuk panjang. Mereka bermain secara membaling kayu tersebut antara satu sama lain.

3. Permainan 'ho sin ho'
Seterusnya, sebuah permainan yang digelar 'ho sin ho'. Permainan ini merujuk kepada kunang-kunang yang bersembunyi di bawah dedaun. Kunang-kunang tersebut ditangkap dan dijadikan sebagai permainan oleh kanak-kanak. Selain itu, permainan ini merupakan pertandingan yang memperlihatkan kekuatan kunang-kunang berlawan antara satu sama lain.

4. Permainan 'ka li toi'
Permainan seterusnya ialah 'ka li toi'. Cara permainan ini dimainkan adalah dengan menggunakan bekas tin yang dipenuhi batu-batu kecil.

Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

0 Responses

Post a Comment