.
Rujukan: Shamsul Anuar H.N. & Ahmad Shahar H.N (2005). Siri Panduanan Permainan Tradisional Kanak Kanak. DBP: Kuala Lumpur

PENGENALAN
Di Pulau Pinang, permainan ini juga dinamakan Galah Pendek dan juga Toi. Permainan ini memerlukan pemain tersebut untuk mengatur strategi dengan bijak dan bergerak dengan pantas. Permainan ini juga selalu dipertunjukkan di pesta pesta kebudayaan.
TEMPAT
Ia selalunya dimainkan di luar rumah, kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan. Anggaran antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.
PEMAIN
Dua kumpulan pemain perlu dibentuk , minimum 5 orang pemain setiap kumpulan dan salah seorang adalah ketua dan yang lain adalah awak-awak. Pemain terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa tidak kira golongan wanita mahupun lelaki.
LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN
Perlawanan bermula sejurus ketua pasukan penyerang menepuk tangan pasukan bertahan di petak kepala gelangan . sejurus perlawanan bermula, awak-awak boleh mula menyerang tidak kira secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain yang menyerang haruslah melepasi semua garisan sehingga ke garisan belakang. Pemain yang bertahan haruslah menyentuh pihak lawan bagi menghalang dari sampai ke garisan belakang. Sekiranya salah seorang pihak penyerang disentuh maka kumpulan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan sekiranya kumpulan penyerang dikira mati.
PERATURAN PERMAINAN
Pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang daripada mereka disentuh pasukan bertahan. Pertukaran kedudukan akan dilakukan jika salah seorang dari pasukan penyerang berundur dari garisan permainan yang telah dilepasi. Pasukan penyerang akan dikira kalah jika salah seorang daripada meraka terkeluar dari garisan permainan.
CARA MENENTUKAN KEMENANGAN
Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang daripada mereka berjaya melepasi kesemua garisan serta berjaya balik ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan yang berjaya melakukan tugas di atas. Pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi dikira pemenang keseluruhan.
0 Responses

Post a Comment