Rakaman ini adalah berkaitan Jalan Chulia. Nama Jalan Chulia dikenali sebagai "Niu Kan Tong" oleh orang tempatan. Menurut seorang warga emas yang telah tinggal di sana sejak tahun 1939, Jalan Chulia telah melalui banyak perubahan. Pada masa ini, Chulia Street juga dikenali sebagai "Little India" atau "India Street" oleh orang tempatan .
Maklumat tambahan:
Jalan Chulia adalah salah satu jalan utama di George Town. Oleh kerana kepanjangannya, sebahagian daripada jalan ini berada di dalam zon teras dari George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO, sehingga ke Carnavon Street dan Love Lane, dan yang selainnya berada di dalam zon penimbal.
Jalan Chulia adalah salah satu jalan yang tertua di George Town. Jalan ini dibina pada zaman pemerintahan Kapten Francis Light. Ianya juga merupakan salah satu daripada empat jalan utama yang baru dibangunkan. Tiga jalan yang lain termasuklah Light Street, Beach Street dan Pitt Street. Di dalam zaman masa lampau, jalan ini dikenali sebagai Malabar Street yakni sempena nama kaum India Malabari. Pada tahun 1798, nama jalan ini telah ditukar kepada “Chulia Street”, atau lebih tepat “Chulier Street”, seperti yang kita kenali kini (http://www.penang-traveltips.com/chulia-street.htm).
Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

Post a Comment