.
Wanita ini menceritakan kehidupan masa silamnya sebagai anak jati Pulau Pinang. semasa beliau muda, keluarganya menetap di sebuah rumah panjang dan di situ terdapat ramai keluarga tinggal dan menyewa bersama di rumah tersebut.

Terdapat pelbagai kisah pada waktu tersebut. Di rumah tersebut seandainya tidak puas hati antara satu sama lain mereka akan saling membaling barang. Di rumah panjang tersebut dua buah rumah sewa hanya dipisahkan oleh dinding dari papan nipis dan mereka dapat mendegar perbualan jiran sebelah.

Di rumah panjang tersebut dianggarkan sehingga 7 keluarga berkongsi satu tandas dan bilik air. Ekoran dari itu, kanak-kanak dan orang dewasa telah terlatih supaya tidak mengambil masa terlalu lama dalam tandas dan bilik air. Beliau juga menceritakan keadaan tandas tersebut yang sangat kotor dan tiada sebarang lampu elektrik.

Terdapat pelbagai senario di rumah panjang tersebut. Sebagai contohnya, kutuk-mengutuk dan mengumpat. Di samping itu, bagi kanak-kanak yang dari latar belakang orang berkemampuan mereka pergi ke sekolah menaiki kereta,sebaliknya bagi yang miskin terpaksa menaiki beca dan berjalan kaki.

Terdapat sebuah sekolah berdekatan komtar dan ia merupakan sekolah bagi kanak-kanak yang kurang berkemampuan. Berdekatan komtar pada masa dahulu terdapat sebuah sungai. Sungai itu sudah tiada lantaran terbinanya jalan raya. Kawasan tersebut penuh dengan gerai-gerai makan. Tempat tersebut dinamakan Tua Se Kai. Panggung wayang juga didirikan di situ, harga tiket pada era itu sangat murah. Kanak-kanak datang untuk menonton secara percuma. Pada era tersebut, gerai-gerai di sana juga menjual Mee Tok-tok yang sangat murah harganya.


Masyarakat:Hokkien
Pengumpul: USM
0 Responses

Post a Comment