.
Wanita ini menceritakan tentang Kehidupan masyarakat Penang zaman lampau. Beliau menceritakan cerita zaman kanank-kanaknya. Beliau juga menjelaskan tentang Mee Sua yang dihidangkan pada Tahun Baru China khasnya pada hari pertama Tahun Baru Cina. Ini merupakan kepercayaan mereka,bahawa seseorang akan dipanjangkan umur dan rezekinya sekiranya memakan mee sua tersebut.

Selain itu, pada hari pertama Tahun Baru Cina seseorang perlu mengelakkan daripada menyikat rambutnya, menyapu lantai dan membuang sampah lantaran hari tersebut ialah hari tuah, seandainya melanggar pantang larang tersebut tuah seseorang itu akan hilang.

Pada malam ke 30, malam sebelum Tahun Baru Cina, Pemastautin Pulau Pinang yang berbangsa Hokkian akan menyamu selera dengan makanan seperti Mengkuang goring, Kari ayam, Itak bergaram,Kuih Bakul. Kuih Bakul dipercayai lebih afdal kerana ia akan disembahkan kepada dewa yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesejahteraan dapur. Dengan menyembah kuih bakul kepadanya ia boleh mengelakkannya membuat laporan buruk tentang seseorang (kuih bakul yang liat tersebut mampu menyebabkan mulutnya terlekat).



Masyarakat:Hokkien
Pengumpul: USM
0 Responses

Post a Comment