.
 Versi 1

Rakaman ini mengisahkan berkenaan doa kaum Hokkien kepada 'Thi Kong'. Cerita ini bermula ketika kaum Hokkien dan Hakka sedang berperang sesama sendiri. Kaum Hokkien berlari ke kebun tebu untuk menyembunyikan diri daripada serangan kaum Hakka. Ketika peperangan tersebut terdapat juga beberapa orang wanita kaya yang turut melarikan diri. Wanita Hokkien pada zaman dahulu perlu mengikat kedua-dua kaki mereka dengan pakaian lama ketika masih muda dengan tujuan untuk menghalang kaki mereka daripada membesar. Wanita Hokkien pada waktu tersebut percaya bahawa kaki yang lebih kecil akan menjadikan mereka lebih menarik dan besar kemungkinan mereka akan berkahwin dengan orang kaya di masa hadapan. Oleh sebab kaki mereka terlalu kecil, para wanita ini mengalami kesulitan untuk berjalan dengan sempurna ketika mereka melarikan diri.

Apabila tiba hari pertama perayaan Tahun Baru Cina, kaum Hokkien ini tidak boleh merayakannya kerana mereka perlu terus bertahan di dalam hutan. Mereka hanya bergantung kepada tebu sebagai makanan dan minuman utama mereka. Pada hari kesembilan Tahun Baru Cina, pertempuran pun berakhir. Dengan itu, kaum Hokkien dapat keluar dari tempat persembunyian mereka dan merayakan tahun baru dengan gembira.

Sejak hari itu, kaum Hokkien menganggap bahawa hari mereka berjaya melepaskan diri ialah hari pertama Tahun Baru Cina mereka. Sehingga hari ini, orang Hokkien masih bersembahyang kepada Tuhan  dan menamakan Tuhan mereka sebagai Thi Kong. Tebu diberi sebagai penghargaan mereka kepada Tuhan. Hal ini kerana tebu telah membantu mereka untuk bertahan semasa tempoh yang sukar itu.

 Versi 2
Rakaman ini menjelaskan bahawa ketika Pai Thi Kong, mereka harus membakar tebu. Pada hari-hari tersebut wanita dengan kaki yang terikat akan cuba melarikan diri dari keluarga mereka. Mereka akan melarikan diri ke kebun tebu. Ini adalah kerana perkebunan tebu iaalah tempat yang sesuai untuk bersembunyi kerana perkebunan itu sangat tebal dan padat.

Keluarga yang kaya akan mengikat kaki anak gadis mereka supaya mereka tidak dapat berlari dan bersembunyi dengan mudah. Para wanita akan bersembunyi di tempat tersebut sehingga 9 hari bulan.

Cerita Pai Thi Kong versi lain pula menjelasakan bahawa pada suatu ketika terdapat askar-askar yang mengejar orang Hokkien sehingga mereka perlu bersembunyi di perkebunan tebu. Situasi pada masa itu adalah sangat huru hara. Para wanita juga tidak terkecuali daripada melarikan diri dan bersembunyi. Namun kaki wanita ini di dalam keadaan terikat, kurus, dan ramping. Keadaan ini menghalang mereka  berlari dengan cepat. Selain itu, terdapat sebab lain mereka mengikat kaki. Tujuannya adalah untuk menambah kecantikan diri mereka. Pelayan atau pembantu rumah tidak dibenarkan untuk mengikat kaki mereka. Hanya wanita yang mempunyai status yang tinggi dibenarkan. Mereka perlu berjalan dengan perlahan-lahan dan ini dianggap sebagai keindahan.

Penerangan cerita:
Penyumbang juga ada menceritakan tentang wayang baba dan nyonya yang terdapat di Pulau Pinang. Salah satu filem yang terkenal ialah Xiao Er Niang.


Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM

0 Responses

Post a Comment