.



Penerangan permainan:
Permainan ini dimainkan oleh golongan wanita dan kanak-kanak India semasa waktu rehat. Permainan ini biasanya dimainkan di dalam rumah. Inti permainan ini ialah, setiap pemain cuba menjadi orang pertama yang mendapat beberapa barangan tertentu di garisan penamat.

Cara permainan:
Permainan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua orang pemain, dan paling ramai ialah empat orang pemain.

Peralatan yang diperlukan ialah:
i. dua kepingan kecil jongkong logam berbentuk empat segi 2. Setiap bahagian permukaan kepingan logam, ditandakan dengan 1 titik, 2 titik, 3 titik, dan 4 titik.
ii. kedua-dua kepingan jongkong logam tersebut akan dilambung seperti melambung buah dadu, seperti di dalam Gambar Rajah 1 yang berikut:


Gambar Rajah 1



Prosedur permainan:
i. Setiap pemain mengambil satu tempat dalam empat rumah dalam papan permainan (rujuk Gambar Rajah 2).

ii. Setiap rumah mempunyai 4 biji manik. Matlamat setiap pemain adalah untuk menghantar setiap manik ke garisan penamat (segi empat yang bertanda pangkah di atas permukaan papan permainan) selepas menyempurnakan satu pusingan melalui semua rumah di atas papan. Contohnya, sebiji manik daripada rumah A perlu melalui jalan yang ditandakan dengan anak panah untuk sampai ke garisan penamat.

iii. Pemain pertama yang mempunyai keempat-empat manik di garisan penamat akan menjadi pemenang permainan ini.

Syarat permainan:
i. Pemain hanya boleh memulakan manik dalam perjalanannya apabila dia mendapat jumlah ‘6’ pada kedua-dua dadu dengan sekali lontaran.

ii. Apabila manik keluar dari rumah menuju ke garisan penamat, jumlah nombor yang ditunjukkan pada kedua-dua dadu pada sekali lontaran akan menjadi nombor langkah seterusnya bagi pemain menggerakkan manik ke depan.

iii. Jumlah ‘6’ pada kedua-dua dadu dengan sekali lontaran akan membolehkan pemain melakukan lontaran kali kedua menggunakan kedua-dua dadu.

iv. Penalti- manik yang berhenti pada mana-mana tempat semasa menuju ke garisan penamat akan dihantar balik ke rumahnya sekiranya manik lawan juga berhenti pada tempat yang sama. Apabila situasi ini berlaku, manik yang dihantar tadi perlu memulakan kembali perjalanan ke garisan penamat dari rumah asalnya.

Gambar Rajah 2



Penyumbang: Letchimee (47)
Masyarakat: India
Pengumpul: USM (Janetta dan Mee Yan)

0 Responses

Post a Comment