Semua maklumat yang dipaparkan di dalam blog ini ialah hasil daripada sumbangan informan (masyarakat Pulau Pinang) di dalam pelbagai bentuk.  Oleh itu, setiap bahan yang terkumpul disertai dengan penerangan ringkas. Walau bagaimanapun, penerangan tersebut bukan dalam bentuk terjemahan harfiah tetapi di dalam bentuk huraian untuk menerangkan sebaik mungkin berkaitan bahan yang disumbangkan.  Sehubungan dengan itu, sebarang ketidaktepatan maksud dan juga kesahihan cerita, lagu, dan permainan tradisi yang diberikan tidak menjadi tanggungjawab pihak pengumpul.
Komen yang ditinggalkan oleh pelawat di dalam blog ini ialah pendapat penulis komen tersebut, bukan pendapat ahli projek tradisi rakyat.  Oleh itu, ahli projek tradisi rakyat mempunyai kuasa dan hak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang dianggap berbaur perkauman, sama ada di dalam bentuk desas desus atau fitnah.  Dengan itu juga, sebarang komen yang tidak berkaitan dengan tujuan blog ini ataupun yang dianggap sebagai serangan peribadi terhadap penulis komen yang lain, penyumbang bahan, dan juga ahli projek; juga tidak akan dipaparkan.


Penyunting: Jamilah Ikhsan







| edit post