Undian ini digunakan untuk menentukan:
a. Tukang jadi permainan.
b. Pemain yang memulakan permainan.
Bahan yang diperlukan: Tiada
Cara undian
Cara undian
a. Undian ini digunakan apabila pemainnya kurang daripada 10 orang.
b. Seorang pemain menghulurkan tangan dan pemain-pemain yang lain
mengelilinginya dan meletakkan jari telunjuk mereka di tengah-tengah
tapak tangan pemain tadi.
tapak tangan pemain tadi.
c. Pemain yang menghulurkan tangan akan menyebut:
“Ram Ram Rip”
atau
“Lang Lang Cak Prik”
d. Setelah sebutan tersebut selesai, pemain yang menghulurkan tangan tadi akan terus mengenggam tangannya sementara pemain-pemain yang lain perlu menarik jari telunjuk mereka secepat mungkin.
e. Pemain yang tertangkap jari telunjuknya akan berperanan sebagai tukang jadi atau pemain yang memulakan permainan.
f. Jika lebih dari satu jari tertangkap, undian akan diulang, dan hanya melibatkan pemain yang jarinya tertangkap sahaja.
Post a Comment