.
Undian ini digunakan untuk menentukan:
a. Tukang jadi permainan.
b. Kumpulan.
c. Pemain yang memulakan permainan.
Bahan yang diperlukan: Tiada
Cara undian
a. Undian ini digunakan apabila pemainnya kurang daripada 10 orang.
b. Semua pemain berdiri dalam satu bulatan dan sama-sama menyebut atau
    menyanyikan seni kata:
“Lai Lai Li Tham Plom”
atau
“Lai Lai Li Li Tham Plom”
c. Pada sebutan perkataan terakhir iaitu “Plom”, semua pemain akan menghulurkan tangan ke
     tengah bulatan sama ada secara menadah ke atas atau menelangkup ke bawah.
d. Ada dua perkara yang harus dilakukaan sebelum tangan dihulurkan ke tengah
    bulatan :
i.     Pemain menyanyi sambil membalik-balikkan tangan di tengah bulatan dan berhenti apabila perkataan “Plom” disebut.
ii.     Pemain menyembunyikan tangan di belakang dan menghulurkan
               tangan apabila perkataan “Plom” disebut.
e. Pemain yang mempunyai lambang tangan yang sama membentuk satu
    kumpulan.
f. Pemain yang lambang tangannya berlainan daripada yang lain akan berperanan
   sebagai tukang jadi atau menerima giliran pertama.


Penyumbang: tidak dinyatakan
Masyarakat: tidak dinyatakan
Pengumpul: tidak dinyatakan

0 Responses

Post a Comment