.
Tujuan blog ini adalah untuk mengumpul, merekod dan mendokumentasi maklumat tradisi lisan seperti yang disampaikan oleh masyarakat Pulau Pinang. Maklumat tradisi lisan yang dimaksudkan meliputi cerita rakyat, lagu, dan persembahan permainan tradisi. Maklumat yang terkumpul ini akan dikongsikan dengan pelajar, pendidik, penyelidik, dan juga orang awam bagi tujuan  mengekalkan kewujudannya  dan untuk penghayatan generasi yang akan datang.

Anda semua dijemput untuk berkongsi cerita atau pengetahuan berkaitan tradisi lisan masyarakat Pulau Pinang seperti yang disebut di atas. Sumbangan anda boleh di dalam bentuk audio, video dan/atau gambar. Sebarang rakaman yang dibuat adalah untuk tujuan program ini dan juga untuk kegunaan pada masa akan datang.  Sila emel bahan tersebut ke penangfolklore@gmail.com.  Untuk keterangan lanjut, sila ke laman 'Cara untuk menyumbang'.

Kesudian anda semua menyumbang dengan sukarela untuk pengisian blog ini sangat-sangat dihargai. Dengan itu juga, adalah secara langsung para penyumbang telah membenarkan kami sama  ada untuk menduplikasi, mencetak, mengedar, dan menyiarkan segala maklumat/data/gambar/video, dan rakaman untuk tujuan program ini. 

Walau bagaimanapun,  kesemua bahan sumbangan akan disunting sebelum dipaparkan di dalam blog ini. Sungguhpun demikian, penyuntingan hanya dilakukan terhadap ungkapan bahasa Melayunya dan pengemaskinian format. Dengan ini, segala isi kandungan kesemua sumbangan anda semua adalah kekal sebagaimana semasa disampaikan oleh para penyumbang. Selain itu, senikata kesemua lagu tradisi daripada semua bahasa dikekalkan tanpa sebarang suntingan. Hal ini dilakukan adalah untuk menjaga keaslian sumber bahan tradisi tersebut.





.
Universiti Sains Malaysia
Profesor Madya Dr Munir Shuib (Ketua Projek)
Dr Azimah Sazalie
Dr Agnes Liau
Dr Jamilah Ahmad
Dr George Teoh Boon Sai
Dr Aniswal Abdul Ghani
Dr Jabil Mapjabil
Encik Jasni Dollah

Pn Jamilah Ikhsan (Pembaca Pruf Blog)


Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang
Profesor Madya Dr Azlena Zainal
Cik Norhaniza Md Ismail
Puan Noor Laili Mohd Yusof
Puan Err Ann Nah
Cik Nur Darina Ibrahim


Wawasan Open University
Profesor Dr Mogana Dhamotharan
Dr Nagarajan Subramaniam
Puan Jasmine Emmanuel
Cik Ranjini Kalidass


Pembantu Projek
Seri Rahayu Ahmad Kamil
Siti Nur Afiqah Zahari
Nur Akmar Kamalludin
Sarinah Haris
.
Definisi Sastera/Tradisi Rakyat

Terdapat pelbagai definisi sastera atau tradisi rakyat. Walau bagaimanapun, untuk tujuan projek ini definisi berikut ialah definisi yang akan digunapakai.‘Sastera rakyat ialah seni dan budaya intangible sesebuah kelompok masyarakat dalam berbagai bentuk, mungkin bermula dengan lisan tetapi kemudian dipersembahkan secara audiovisual dan ditulis. Di dalam hal ini, sastera rakyat tidak semestinya di dalam media audio semata-mata. Ia boleh juga di dalam bentuk audiovisual. Selain itu, daripada segi genre dan kandungannya pula boleh di dalam bentuk manuskrip yang bertulis tangan. Oleh yang demikian, sastera rakyat perlu dilihat daripada segi bentuk, fungsi, dan transformasi (Hj. Sanib bin Hj. Said Jabatan Muzium Sarawak Said, H. b., Disember, 2007. Sastera Rakyat di Sarawak: Peranan Muzium Sarawak. Diakses: 15 Mac, 2010, Universiti MelayuMaya:http://malayuniversity.blogspot.com/2007/11/seminar-sejarah-di-Brunei Darussalam.html. 15 Mac 2010).



.
Penting

Sekiranya tuan/puan ingin menyumbang bahan tradisi rakyat di blog ini, sila email bahan tersebut ke penangfolklore@gmail.com.

Anda boleh menggunakan bahasa asal bahan tersebut dipertuturkan (Cina, Melayu, Tamil, Telegu dan sebagainya) tetapi mohon jasa baik tuan/puan untuk memberi penerangan mengenainya dalam bahasa Malaysia (sila lihat contoh dalam blog).

Sila tulis nama, umur dan juga lokasi anda (lihat contoh). Anda boleh memilih untuk dikenali dengan nama penuh/sebahagian nama anda ATAU dengan nama pena/samaran.

Kesudian anda semua menyumbang dengan sukarela untuk pengisian blog ini sangat-sangat dihargai. Dengan itu juga, adalah secara langsung para penyumbang telah membenarkan kami sama ada untuk menduplikasi, mencetak, mengedar, dan menyiarkan segala maklumat/data/gambar/video, dan rakaman untuk tujuan program ini.

Walau bagaimanapun, kesemua bahan sumbangan akan disunting sebelum dipaparkan di dalam blog ini. Sungguhpun demikian, penyuntingan hanya dilakukan terhadap ungkapan bahasa Melayunya dan pengemaskinian format. Dengan ini, segala isi kandungan kesemua sumbangan anda semua adalah kekal sebagaimana semasa disampaikan oleh para penyumbang. Selain itu, senikata kesemua lagu tradisi daripada semua bahasa dikekalkan tanpa sebarang suntingan. Hal ini dilakukan adalah untuk menjaga keaslian sumber bahan tradisi tersebut.

Segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
.
Undian cara ini digunakan untuk menentukan:
a. Pemain.
b. Pasukan untuk memulakan permainan.
Bahan yang boleh digunakan:
i.     Batu kecil.
ii.     Lain-lain benda yang dipersetujui kumpulan permainan.
Cara undian
a. Benda yang digunakan dalam undian dipersetujui oleh kedua-dua kumpulan
    terdahulu.
b. Biasanya benda yang kecil digunakan; sebagai contoh, batu kecil.
c. Seseorang yang berkecuali atau tidak bermain akan bertanggungjawab
    mengenggam "benda" di tangan kiri atau kanannya.
d. Kedua-dua kumpulan akan meneka di tangan manakah "benda"  itu
    digenggam. Mereka perlu memilih sama ada tangan kiri atau kanan.
e. Kumpulan yang berjaya memilih tangan yang mengenggam benda akan
    memulakan permainan.


.
Oru kuruvi oru nal paranthu kondu iruntathu. Antha neram oru erambu tanniril tattalitthu kondu iruntathu. Athai partha antha kuruvi tanniril oru ilaiyai pichi erinthathu.Antha erambu ilaiyin mithu yeri kondu uyir tappiyathu. Siru naatkal piragu, oru vettaikaran antha kuruviyai suda irukiran. Athai partha antha erambu vettaikaran kaalai kadithathu. Antha vettaikaran valiyil tudithu antha kuruviyai suda mudiyamal ponathu. Kuruviyo antha idatthai vittu paranthu sendrathu.

Maksud cerita:
Seekor burung yang sedang terbang di hutan tiba-tiba terlihat seekor semut hampir tenggelam di dalam air. Burung itu pun menjatuhkan sehelai daun. Semut itu menyelamatkan dirinya dengan memanjat ke atas daun tersebut. Berberapa hari kemudian, seorang pemburu sedang cuba menembak burung tersebut. Semut yang terlihat kejadian itu pun menggigit kaki pemburu itu. Oleh sebab kesakitan, pemburu itu tersasar tembakannya dan burung itu pun terselamat dan terbang dari tempat itu.

Penyumbang: Balan Murugan a/l Kesavan (25)
Masyarakat : India
Pengumpul: USM


.
Gedembai


Penerangan cerita:
Cerita ini dihubungkaitkan dengan kemunculan satu makhluk bersaiz raksaksa di Pulau Pinang. Hal ini berdasarkan kepada satu tinggalan tapak kaki makhluk tersebut yang dapat dilihat di Batu Maung dan Pulau Jerejak. Sebagai buktinya, dikatakan bahawa kesan tinggalan yang menyerupai bentuk tapak kaki di atas hamparan batu berlopak bersaiz raksaksa masih dapat dilihat sehingga ke hari ini. Adalah dipercayai bahawa satu langkah Gedembai dipercayai berukuran bersamaan dengan jarak dari Batu Maung ke Pulau Jerejak berdasarkan penemuan tersebut. Cerita ini diceritakan dari mulut ke mulut, generasi ke generasi tanpa satu dokumentasi dan kajian yang khusus dilakukan. Kebiasaannya, cerita ini disampaikan oleh orang-orang tua untuk menakutkan kanak-kanak yang engkar arahan. Abdullah Darus juga berpendapat ada kemungkinan cerita ini mungkin diada-adakan oleh pihak British pada masa penjajahan untuk menakut-nakutkan orang Melayu Pulau Pinang khususnya penduduk sekitar Batu Maung.

Penyumbang: Hj. Abdullah Darus, Kampung Baru Ayer Itam, Pulau Pinang (81). Tokoh Budaya Pulau Pinang 2009.
Masyarakat: Melayu
Pengumpul: Kumpulan Ahli Projek UiTM