.
Gedembai


Penerangan cerita:
Cerita ini dihubungkaitkan dengan kemunculan satu makhluk bersaiz raksaksa di Pulau Pinang. Hal ini berdasarkan kepada satu tinggalan tapak kaki makhluk tersebut yang dapat dilihat di Batu Maung dan Pulau Jerejak. Sebagai buktinya, dikatakan bahawa kesan tinggalan yang menyerupai bentuk tapak kaki di atas hamparan batu berlopak bersaiz raksaksa masih dapat dilihat sehingga ke hari ini. Adalah dipercayai bahawa satu langkah Gedembai dipercayai berukuran bersamaan dengan jarak dari Batu Maung ke Pulau Jerejak berdasarkan penemuan tersebut. Cerita ini diceritakan dari mulut ke mulut, generasi ke generasi tanpa satu dokumentasi dan kajian yang khusus dilakukan. Kebiasaannya, cerita ini disampaikan oleh orang-orang tua untuk menakutkan kanak-kanak yang engkar arahan. Abdullah Darus juga berpendapat ada kemungkinan cerita ini mungkin diada-adakan oleh pihak British pada masa penjajahan untuk menakut-nakutkan orang Melayu Pulau Pinang khususnya penduduk sekitar Batu Maung.

Penyumbang: Hj. Abdullah Darus, Kampung Baru Ayer Itam, Pulau Pinang (81). Tokoh Budaya Pulau Pinang 2009.
Masyarakat: Melayu
Pengumpul: Kumpulan Ahli Projek UiTM

0 Responses

Post a Comment