Tujuan blog ini adalah untuk mengumpul, merekod dan mendokumentasi maklumat tradisi lisan seperti yang disampaikan oleh masyarakat Pulau Pinang. Maklumat tradisi lisan yang dimaksudkan meliputi cerita rakyat, lagu, dan persembahan permainan tradisi. Maklumat yang terkumpul ini akan dikongsikan dengan pelajar, pendidik, penyelidik, dan juga orang awam bagi tujuan  mengekalkan kewujudannya  dan untuk penghayatan generasi yang akan datang.

Anda semua dijemput untuk berkongsi cerita atau pengetahuan berkaitan tradisi lisan masyarakat Pulau Pinang seperti yang disebut di atas. Sumbangan anda boleh di dalam bentuk audio, video dan/atau gambar. Sebarang rakaman yang dibuat adalah untuk tujuan program ini dan juga untuk kegunaan pada masa akan datang.  Sila emel bahan tersebut ke penangfolklore@gmail.com.  Untuk keterangan lanjut, sila ke laman 'Cara untuk menyumbang'.

Kesudian anda semua menyumbang dengan sukarela untuk pengisian blog ini sangat-sangat dihargai. Dengan itu juga, adalah secara langsung para penyumbang telah membenarkan kami sama  ada untuk menduplikasi, mencetak, mengedar, dan menyiarkan segala maklumat/data/gambar/video, dan rakaman untuk tujuan program ini. 

Walau bagaimanapun,  kesemua bahan sumbangan akan disunting sebelum dipaparkan di dalam blog ini. Sungguhpun demikian, penyuntingan hanya dilakukan terhadap ungkapan bahasa Melayunya dan pengemaskinian format. Dengan ini, segala isi kandungan kesemua sumbangan anda semua adalah kekal sebagaimana semasa disampaikan oleh para penyumbang. Selain itu, senikata kesemua lagu tradisi daripada semua bahasa dikekalkan tanpa sebarang suntingan. Hal ini dilakukan adalah untuk menjaga keaslian sumber bahan tradisi tersebut.


| edit post