Papa papa katey kale,Maksud Lagu:
Kaka nathiyum kathey kale,
Tata pathi sonna kathey,
Amma appa kather kathey,
Uruku viliye kade yereke,
Kadele vengayum wadey yereke,
Kade le wadey ya terdiche,
Kaka marethil kunthil kecha,
Kaka mukile wadey yereke,
Kulle nari unne patekecha,
Lesa wadeya wangideve,
Nari urre tanadirum pandhikecha,
Kaka pathe pade colli,
Kulle nari kathekecha,
Waye terrente kaka pade,
Wadaye kile vellentecha,
Vellente tey natiyum kawikecha,
Wayi le pothu tennercha.
Serigala dan Gagak
Anak, dengar cerita ini,
Serigala dan gagak juga dengar cerita ini,
Cerita ini diceritakan oleh atuk dan nenek,
Ibu dan ayah dengar cerita daripada mereka,
Di tempat ini, ada kedai,
Dalam kedai ada bawang dan vadei,
Ada orang curi roti dari kedai,
Gagak terbang ke dahan pokok,
Dengan vadei di paruhnya,
Serigala ternampak gagak,
Perlahan-lahan, Serigala akan dapatkan vadei itu,
Serigala tahu satu helah,
Serigala minta gagak menyanyi,
Serigala mahu dengar gagak menyanyi,
Gagak buka paruh untuk menyanyi,
Vadei jatuh ke bawah,
Serigala cepat-cepat ambil vadei,
Serigala masukkan vadei ke dalam mulut dan makan.
Penerangan Lagu:
Kamala mendengar lagu ini daripada ibunya sendiri. Ibunya juga menyanyikan lagu ini kepada adik-beradiknya yang lain. Lagu ini sangat disukainya semasa beliau berumur 6 hingga 8 tahun. Ibu Kamala akan menyanyikan lagu ini pada waktu malam sebelum mereka tidur.
Penyumbang: Kamala Veni (42)
Masyarakat: India
Pengumpul: USM (Shafinaz dan Jannah)

Post a Comment