Amma ingaey vaa vaa,
Asaey muthem taa taa,
Yelle ye sore ponuth,
Ni ye sore uneth,
Unne pollar nallor,
Ulagil yarem ullor,
Yannal uneke tolley,
Yethum ingai illai,
Ayum indri solven,
Uthrome indri balama,
Othrum sayewen nalama,
Awai solley muliyah,
Attey yeneke sariya.
Maksud Lagu:
Datang sini Ibu, Datang sini
Datang sini ibu, datang sini,
Cium saya dengan kasih sayang,
Letaklah nasi dalam daun pisang,
Berilah saya makan nasi,
Tiada insan sebaik anda
Di dunia ini,
Tetapi tiada masalah bagi ibu,
Saya hanya boleh beritahu tanpa ragu-ragu,
Bersatu kita jadi kuat,
Saya akan jadi anak baik,
Kata-kata hanya diucapkan oleh penyair,
Tapi ibu beritahu kebenaran.
Penerangan Lagu:
Suganthini mendengar lagu ini daripada ibu saudaranya. Ibunya bekerja, oleh itu dia dihantar ke rumah ibu saudaranya dari pagi sehingga petang. Semasa Suganthini kecil, dia selalu tidak ada selera makan. Dia sangat memilih dan akhirnya tidak makan apa-apa. Jadi setiap kali ibu saudaranya mahu Suganthini makan, beliau akan menyanyikan lagu. Selepas beberapa lama, Suganthini akhirnya makan. Bagi Suganthini, lagu ini mengingatkan beliau bertapa pentingnya peranan wanita sebagai ibu. Ibu penting bagi seseorang kanak-kanak semasa membesar.
Penyumbang: Suganthini (27)
Masyarakat: India
Pengumpul: USM (Shafinaz dan Jannah)

Post a Comment