Audio
Penerangan cerita:
Cerita ini selalunya diceritakan kepada anak muda semasa waktu tidur.
Masyarakat: India
Pengumpul: USM (Fatin, Nadzhirah, Nurhidayah dan Nursadina)
Penerangan cerita:
Cerita ini selalunya diceritakan kepada anak muda semasa waktu tidur.
Terdapat seekor gagak yang tinggal di dalam lubang pada sebatang pokok. Semasa sang gagak duduk di sarangnya, seekor serigala datang. Sang serigala meminta sang gagak melihat wanita tua yang sedang membuat vadei. Semasa wanita itu tidur, sang gagak pergi mencuri vadei wanita tersebut. Selepas itu, sang gagak cepat-cepat masuk semula ke dalam pokok. Sang serigala berputus asa untuk mendapatkan vadei itu. Namun begitu, sang serigala merancang untuk memperoleh vadei daripada sang gagak. Sang serigala meminta sang gagak menyanyikan lagu untuknya namun ia enggan. Sang serigala berkeras mahu mendengar sang gagak menyanyi dan mengatakan bahawa suara sang gagak sangat merdu. Sang gagak pun menyanyikan lagu dan vadei terjatuh ke tanah. Sang serigala cepat-cepat mengambil vadei dan beredar dari situ.
Penyumbang: Guna Poosany (55)Masyarakat: India
Pengumpul: USM (Fatin, Nadzhirah, Nurhidayah dan Nursadina)
Post a Comment