Penerangan permainan:
Penyumbang: Annamary (60)
Masyarakat: India
Pengumpul: USM
Cara permainan ini dimainkan mempunyai persamaan dengan permainan congkak. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai 'congkak'. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Semasa memulakan permainan, setiap peserta permainan perlu meletakkan lima biji batu kecil ke dalam satu lubang yang dikhaskan. Mengikut aturan, permainan hendaklah mengikut arah ke kanan bagi kedua-dua orang pemain. Permainan perlu diteruskan sehingga tiada sebiji batu berbaki di dalam mana-mana lubang congkak bagi kedua-dua pasukan pemain permainan ini.
Penyumbang: Annamary (60)
Masyarakat: India
Pengumpul: USM

Post a Comment