.
Rakaman ini adalah tentang kehidupan masa lalu Encik Lim sebagai penduduk tetap Pulau Pinang. Encik Lim perlu pergi ke sekolah tadikanya dengan menaiki beca, dan beliau terus menaiki beca sehingga berada di sekolah rendahnya. Ketika di sekolah menengah pula pada awalnya, beliau menaiki bas dan kemudian beliau mulai menaiki basikal ke sekolah kerana sebahagian besar rakan sekolahnya juga menunggang basikal. Setelah itu, beliau membeli sebuah motorsikal setelah menamatkan pengajiannya.


Ada ketikanya Beliau akan pergi ke panggung wayang bersama ibunya. Panggung wayang itu dikenali sebagai Rex, yang terletak di Jalan Kinta. Mereka akan berjalan kaki atau menaiki beca ke sana. Mereka akan pergi ke Georgetown atau Jalan Penang untuk membeli-belah kerana tempat itu merupakan satu-satunya tempat membeli-belah yang ada dan ia selalu dikunjungi oleh penduduk tempatan. Bapanya pernah membawa dia menunggang bas 'double-decker' ke Bukit Bendera, perjalanan bas tersebut itu bermula dari jalan Pulau Pinang ke Bukit Bendera.

Pasar raya terawal pada masa itu ialah Pasaraya Oriental yang terletak di sebelah pawagam Capitol. Oriental merupakan pasaraya yang pertama dan terawal di Pulau Pinang. Beliau juga pernah pergi ke panggung wayang yang terletak di Federal kerana panggung wayang tersebut hanya memainkan filem-filem aksi Cina yang terkenal. Pada zaman kanak-kanak, beliau pernah bermain pelbagai jenis permainan dengan kanak-kanak Melayu yang lain di dalam kampungnya seperti permainan bola-bola marmar dan laying-layang.Beliau juga pernah melawat rumah mak cik P.Ramlee yang juga terletak di dalam kampung itu.Selain itu beliau menangkap ikan-ikan berjangkit, udang dan ketam-ketam,serta melalukan banyak lagi aktivi lain.

Teredapat juga orang-orang India di kampung tersebut yang menyediakan perkhidmatan gunting rambut untuk orang ramai. Mereka akan menunggang sebuah basikal dari rumah ke rumah untuk menawarkan perkhidmatan tersebut. Selain itu, terdapat juga orang India yang berjalan dari rumah ke rumah dengan membawa dua bakul-bakul besar di belakang mereka untuk menjual makanan, gula-gula dan ais krim.Selain itu mereka juga membeli botol-botol terbuang. Motosikal pertama yang dipasarkan di Pulau Pinang dijual oleh Honda Motor.

Pada masa itu, orang Pulau Pinang dikatakan sangat gemar menonton wayang di panggung wayang. Ibu bapa Encik Lim juga pernah membawa beliau ke Esplanade dengan kereta mereka dan bersiar-siar menaiki feri semasa masa lapang.

Beliau juga menceritakan tentang Rumah Penang Suffolk di mana budak-budak lelaki MBS pernah makan di sana dan guru-guru juga akan berehat di sana. Rumah Suffolk merupakan rumah Francis Light pada masa dahulu. Pelajar-pelajar pada masa itu kerap dirotan oleh guru-guru mereka. Guru-guru pada masa itu adalah sangat tegas dan garang kerana mereka mahu para pelajar menjadi seorang yang baik.

Semua bank atau syarikat perdagangan terletak di Beach Street. Kawasan ini sentiasa sibuk dengan orang-orang tempatan yang datang berurusan.

Beliau pernah berpantun dan menari tarian melayu ketika muda, dan Kebanyakan orang tempatan pada waktu itu juga selalu berbantun dan menari beramai-ramai. Terdapat juga tempat berhibur iaitu Western Nigthclub yang terletak di Tanjung Bungah.

Orang ramai pada masa itu sentiasa berkunjung ke kedai kopi Keat Seng yang terletak di Jalan Penang.Pelbagai jenis makanan yang dijual antaranya adalah ais Kacang, Laksa, bola-bola ais, loh bak dan sebagainya. Pada ketika itu harga semangkuk mi adalah sangat murah iaitu hanya RM0.15.

Pada masa itu, 'New World Park' merupakan satu tempat yang amat menarik di mana orang ramai boleh bermain di sebuah karnival dan menonton wayang di sana. Funfair Australia turut menubuhkan karnival mereka di Esplanade, berdekatan dengan Dewan Sri Pinang untuk suatu tempoh kerana tentera Australia menjalankan latihan tentera mereka di sana.

Pada masa itu, orang ramai mula menggunakan kipas elektrik dan radio elektrik. Beliau juga bercerita tentang 'Eastern Smelting' yang dikenali sebagai Penang Times Square pada hari ini. Persekitaran Smelting Timur pernah menjadi tempat yang mengeluarkan timah atau sternum.

Beliau juga menceritakan bahawa pegawai polis pada masa itu hanya memakai seluar pendek dan membawa sebatang kayu bukannya sepucuk pistol. Ketika kanak-kanaknya, dia pernah minum air bikarbonat F&N seperti sarsi, soda aiskrim dan jus oren semasa Tahun Baru Cina, minuman tersebut sangat sukar ditemui pada masa kini. Minuman tersebut sangat sedap kerana dibuat menggunakan bahan yang cukup dan asli.

Pada masa dahulu, orang ramai akan memakai selipar Jepun yang dibuat dari getah. Kaum lelaki selalunya bekerja di pejabat atau melakukan kerja berat sementara wanita biasanya menjadi jururawat atau guru.

Penerbit akhbar yang pertama di Pulau Pinang ialah News Eco yang kemudian menjadi News Strait Times. Beliau turut menceritakan tentang rancangan televisyen hitam putih yang belau gemari seperti 'Disney', 'Astroboy', 'I Love Lucy', dan lain-lain.

Beliau juga memaklumkan bahawa beliau opernah berkunjung ke majlis perkahwinan kaum melayu. Selain itu beliau mejelaskan tentang penyanyi yang popular pada ketika itu, menceritakan tentang seragam dan kelengkapan sekolahnya. Beliau juga pernah mencari kerang di Gurney Drive dan dibawa pulang untuk dimakan. Pada ketika itu beliau menggunakan jam yang tidak menggunakan bateridan payung hanya diperbuat dari surat khabar, lilin dan bambu.




Penyumbang : Encik Lim
Masyarakat: Hokkien
Pengumpul: USM
0 Responses

Post a Comment