.
 

Penerangan cerita:
Pada zaman dahulu, terdapat seorang lelaki alim lagi  warak bersolat di sebuah masjid. Pada setiap hari Jumaat, beliau akan menjamu makanan kepada budak-budak yang datang ke masjid tersebut. Pada suatu hari,  lelaki yang alim lagi warak tersebut meninggal dunia. Walau bagaimanapun, jenazah beliau tidak dapat diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan. Maka, orang ramai telah mengambil keputusan untuk menyimpan jenazah beliau semalaman di masjid tersebut. Pada keesokan harinya, seorang lelaki yang juga alim telah datang ke masjid dan memberitahu bahawa beliau telah bermimpi berjumpa dengan arwah (si mati). Menurutnya, arwah (si mati) memohon agar jenazahnya dikebumikan di dalam masjid tersebut. Setelah mendengar penjelasan mimpi tersebut, akhirnya jenazah arwah dikebumikan di dalam masjid tersebut. Semenjak hari itulah, masjid tersebut dinamakan Masjid Dato’ Keramat.

Penyumbang: Pn. Faridah Shaari
Masyarakat: Melayu
Kawasan: Seberang Prai
Pengumpul: UiTM Pulau Pinang

0 Responses

Post a Comment