Penerangan cerita:
Banyak kaum seperti golongan Buddha, Hindu, Islam, Kristian dan banyak lagi tinggal di tempat itu. Tiba-tiba ribut yang kuat seperti tsunami datang. Semua orang mula berlari ke bangunan berdekatan. Secara kebetulan masjid, gereja dan kuil berada di tempat tersebut. Bangunan itu agak kukuh dan boleh terus berdiri walaupun ditimpa malapetaka. Mereka keluar selepas ribut, beberapa jam kemudian. Mereka juga melihat orang Hindu berada di masjid orang Islam, orang Kristian dan Buddha masing-masing berada di pelbagai tempat. Berdasarkan situasi tersebut, mereka menyimpulkan bahawa kita datang daripada asal yang sama.
Penyumbang: K. A. Rao (63)
Masyarakat: India
Pengumpul: USM (Fatin, Nadzhirah, Nurhidayah dan Nursadina)

Post a Comment